Header Ads

Header ADS

Najib Bidas lagi Anwar, Dosa, ya?


Sila tanya bakal PM ke-5/6/7/8/9 kenapa rejim gagalkrasi dahulu tolak perjanjian penyelesaian dengan IPIC dua kali yang membolehkan kita dapat kembali semua wang yang didakwa hilang dengan sekaligus tapi lebih suka dapat balik sebahagian wang sahaja dengan cara sedikit demi sedikit.

Bakal PM-5/6/7/8/9, baca perlahan-lahan. Sila sangkal "dosa-dosa" ini:

DOSA 1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)

Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB.

Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu korang kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?

Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952

DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

DOSA 3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?

Kita tanya PM ke-7:

"Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.

“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/

DOSA 4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

DOSA 5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian penyelesaian?

Keran jika diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156801028485952

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952

SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?

Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?

Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?

Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangandari projek-projek tersebut.

Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim gagalkrasi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak?

Posting bakal PM ke-5/6/7/8/9:
https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10160419277936840


NAJIB RAZAK

MR :  Tak ada ke macai PH nak jawab balik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Anwar anak lelaki Ibrahim inilah pengkhianat negara agen CIA liberal retard bedebah kimak semburit. Siapa yg sokong pun sama juga. Bodoh yg diperbodohkan.

    BalasPadam
  2. Puak puak putus harapan hanya mabuk minum kencing dogpig... Kepala mereka seakan kena lock dan bahasa yang mereka hafal hanyalah perompak, penyamun, pintu belakang, pengkhianat.. Mereka sudah tidak tahu beza antara fakta dan auta. Tokjib belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah tetapi bang non yang macai arif muluk anggap sebagai seorang dewa suci telah dua kali jadi banduan kerana kesalahan yang sama walaupun tempat dan masa yang berbeza.. Ada sebab Allah tak izinkan bang non jadi pm dan ada sebab kerajaan ph runtuh sebelum dapat bermaharaja lela di bumi Malaysia

    BalasPadam
  3. Hidup DSNajib, hidup melayu... hidup rakyat Malaysia...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.