Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki tikam isteri, bapa mentua ditemui mati


KAJANG: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Bangi, di sini, semalam, dipercayai selepas menikam isteri dan bapa mentuanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata sebelum kejadian, pihaknya menerima laporan berkaitan kes perselisihan faham pasangan suami isteri berumur lingkungan awal 40-an itu pada jam 12.03 tengah malam.

"Mangsa (isteri) mendakwa dipukul dengan kayu oleh suspek (suaminya) di bahagian belakang badan serta ditumbuk di kepala dan perut yang dikatakan akibat berpunca daripada masalah kewangan," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, selepas laporan dibuat, mangsa bersama bapanya dan suspek menaiki kereta pulang ke rumah bagi mengambil dokumen untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Kedua-duanya cuba menyelesaikan masalah secara damai. Mangsa dan suspek dalam keadaan tenang dan tiada apa-apa konfrantasi selepas keluar dari balai. Suspek juga tidak menunjukkan apa-apa tindakan agresif," katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, suspek tiba-tiba terus berlari masuk ke dalam rumah dan mengambil pisau, lalu menikam mangsa dan bapa mentuanya.

"Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. Kita mendapati pintu rumah dalam keadaan berkunci.

"Kita terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu, mayat suspek didapati dalam keadaan tergantung menggunakan kain cadar yang diikat pada kipas siling di bilik tingkat bawah rumah berkenaan," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan, pihaknya menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa bersama bapanya berusia 64 tahun ke Hospital Serdang bagi menjalani rawatan. Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan senjata, manakala kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan