Header Ads

Header ADS

Maklum Balas Berkaitan RM45,000 Bantuan COVID19 Kepada ADUN BN


Saya menghormati YB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai mantan Menteri Besar Terengganu, rakan pentas politik. Saya juga terbuka untuk menerima apa jua pandangan dan kritikan, walaupun sebenarnya saya merasakan beliau boleh sahaja menghubungi saya atau bertemu untuk memberikan pandangan atau cadangan beliau.

Tentunya dalam hal ini kita perlu memahami apa yang berlaku. YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak RM10 juta untuk membantu golongan yang terjejas ini. Peruntukan ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan perlu diuruskan dengan segera.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna COVID19 untuk diagihkan kepada rakyat yang sangat terjejas. Suasana semasa wabak pandemik ini pula memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.

Ada dua perkara yang berkait dengan penyampaian bantuan ini. Pertama, bantuan mesti disampaikan pada rakyat yang memerlukan, tanpa mengira warna politik mereka. Kedua, kaedah penyampaian disampaikan mesti berkesan, perlu segera dalam suasana batasan pergerakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terhad.

Oleh yang demikian keputusan diambil untuk mengagihkan bantuan ini menerusi agensi rasmi kerajaan iaitu Pusat Khidmat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang paling hampir dengan rakyat dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebajikan mereka.

MPKK akan menilai senarai mereka yang layak dengan merujuk berbagai data (dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan) disamping penentuan keadaan sebenar fizikal di bawah. Arahan khusus diberikan pada MPKK supaya berlaku adil, menyampaikan bantuan pada yang selayaknya tanpa mengira warna politik penerima.

Walau bagaimanapun, memahami keperluan dan tugasan yang perlu dijalankan oleh ADUN, maka kerajaan negeri turut menyalurkan sebahagian bantuan Covid19 sejumlah RM45,000 kepada ADUN BN di negeri Terengganu untuk diuruskan.

Sekali imbas cara yang paling ideal ialah bantuan diberikan secara sama rata pada semua ADUN.

Namun, terdapat ‘missing link’ pada waktu ini antara ADUN BN dengan MPKK, kerana model jawatankuasa komuniti kampung yang sedia ada pada waktu ini adalah model yang dibina sebelum pembentukan muafakat politik berlaku.

Saya yakin bahawa sekiranya berlaku penambahbaikan pada komposisi MPKK ini dengan mengambil kira wakil yang berbagai dalam masyarakat dan muafakat politik baharu di peringkat nasional, maka keadaan baharu yang lebih inklusif ini boleh diurus supaya menjadi lebih baik dan harmoni di masa depan.

Insya-Allah dengan pendekatan yang cermat, dan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat dan pimpinan parti-parti politik, kita mampu untuk mencapainya di negeri Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
17 April 2020





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.