Header Ads

ads header

Flash News

Tahniah Kepada Menteri Alam Sekitar Dan Sumber Air - Perihatin Dan Pantas


Penduduk Kampung Batu Balak, Mukim Kuala Tembeling, Jerantut Pahang, boleh menarik nafas lega, apabila aduan mereka berhubung masalah bekalan air bukit yang terputus kerana tidak mampu membiayai kos penyelengaraan tinggi telah mendapat perhatian dan tindakan segera dan pantas daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mohd Zai, penduduk melalui wakil mereka iaitu Bendahari Masjid Kg. Balak telah membuat aduan kepadanya secara bertulis, minta tolong menyelesaikan masalah air bersih yang mereka hadapi selama 20 tahun di kampong tersebut.

Atas dasar keperihatinan dan kesejahteraan rakyat, UMMAH telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Yang Berhormat Menteri.

Apa yang mengembirakan, ialah pada hari kelmarin (Rabu) , penduduk memaklumkan bahawa pihak SPAN Pahang ada menghubungi mereka, dan akan turun berjumpa penduduk pada hari ini (Khamis – 16 April), katanya.

Yang Berhormat Menteri telah membuat tindakan yang segera dan pantas kepada aduan rakyat berkenaan.

Semalam, (Khamis – 16 April) kakitangan SPAN Pahang bersama agensi bekalan air Jerantut dan Lipis turun padang bertemu penduduk bagi mendapatkan maklumat yang ditaklimatkan oleh Abdul Hamid Muhammed, Bendahari Masjid Kg Batu Balak , Mukim Kuala Tembeling Jerantut Pahang.Beberapa cadangan segera jangka pendek dan jangka panjang telah dicadangkan bagi menyelesaikan masalah bekalan yang terputus tersebut.

Pertemuan tersebut turut disertai Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa.

“Alhamdulillah… terima kasih kepada Menteri dan Kakitangan SPAN dan Jabatan Air Jerantut dan Lipis yang telah mengambil tindakan pantas untuk membantu selesaikan masalah rakyat.

UMMAH dan penduduk Kg. Batu Balak ucapkan terima kasih kepada Menteri dan agensi di bawahnya kerana perihatin dan bertindak pantas, tambahnya, Mohd Zai.

MediaUmmahDaily.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan