Header Ads

ads header

Flash News

Pembersihan Elemen Dap Di Dalam Bernama


Pada 14 April lalu saya bertanya apakah masih ada elemen-elemen DAP saki baki daripada peninggalan Gobind Singh di dalam BERNAMA.

Hari ini, 17 April, Lembaga Pengelola BERNAMA menamatkan kontrak CEO BERNAMA, Nurini Kassim, berkuat kuasa 16 Mei 2020.

Ini adalah satu langkah yang baik kerana lantikan Nurini, yang diterjunkan dari KWSP, pada 1 Januari 2019 adalah dibuat oleh Gobind Singh.

Gobind, sewaktu mengumumkan lantikan itu, berkata beliau percaya pengalaman luas Nurini akan membawa BERNAMA ke tahap yang lebih tinggi.

Saya pula percaya, disebabkan lantikan DAP, ada kemungkinan BERNAMA di bawah pimpinan Nurini akan dibawa ke tahap yang “terlebih tinggi”.

Semoga agensi berita rasmi negara di bawah pimpinan CEO baharu akan mengekalkan tradisi penyiaran berita-berita yang sangat tepat.

Marilah kita sama-sama terus menyelongkar untuk mencari saki-baki elemen-elemen DAP di dalam segenap jabatan dan agensi kerajaan.

FB
Kamarul Yusoff


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: