Header Ads

ads header

Flash News

Mayat Baru Lepas Dibakar, tiba-tiba mangsa covid bangun terjaga


Bandar Guayaquil yang terletak di Ekuador antara tempat yang terjejas teruk akibat COVID-19. Sehingga kini dilaporkan, terdapat 22,000 kes positif COVID-19, dengan 576 kematian telah dicatatkan.

Suatu kejadian yang menimpa ahli keluarga pesakit COVID-19 dimana, seorang wanita berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 27 Mac, dilaporkan ‘bangkit’ semula.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Alba Maruri, tiba-tiba bangun selepas disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti wabak COVID-19. Dia dimasukkan ke hospital pada mulanya selepas mengalami masalah untuk bernafas dan demam yang berpanjangan.



Seminggu selepas dilaporkan meninggal dunia, ahli keluarganya datang untuk mengambil mayatnya. Tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menyentuh atau mendekati mayat tersebut dan hanya melihat bahagian belakang mayat tersebut dan bukan wajahnya.



Ternyata, keluarga Alba Maruri telah membawa pulang dan semadikan jenazah yang salah. Salah seorang saudara Alba Maruri menceritakan bahawa selepas wanita itu terjaga, pihak hospital bergegas ke kediaman beliau untuk memberitahu kesilapan tersebut.

Malah sehingga kini, mereka masih belum tahu identiti mayat yang telah dibakar sebelum ini. Mereka sekeluarga juga ingin menuntut ganti rugi kepada pihak hospital terhadap bayaran pembakaran mayat yang tidak diketahui pemiliknya.

Sumber: TV, Daily Mail.

MR :  Kalau dah ramai mati, tidak mustahil macam-macam boleh berlaku!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Sungguh dahsyat sekali kerana tak menyusahkan orang lain. Hamba Allah yg mulia.

    BalasPadam