Header Ads

ads header

Flash News

Mazlan Aliman ditamatkan jawatan sebagai pengerusi pertubuhan peladang


PETALING JAYA: Jawatan Mazlan Aliman sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee selepas menyemak semula keahlian semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun dibawah kementerian itu.

“Anggota pentadbiran kerajaan disusun semula pada 9 Mac 2020 yang lalu. Susulan itu Kementerian menyemak semula keanggotaan semua Lembaga Pengarah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).

“Sehubungan itu, adalah diputuskan perkhidmatan (Mazlan) selaku pengerusi LLP adalah dengan ini ditamatkan berkuatkuasa 1 April 2020,” katanya berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan semalam.

Mazlan yang juga ahli Jawatankuasa Amanah dilantik sebagai pengerusi LPP 1 November 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya.

Perlantikan Mazlan yang juga pemimpin Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dibuat bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.


MR :  Perlantikan Mazlan adalah perlantikan politik... wajar dia mengundur diri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan