Header Ads

ads header

Flash News

Menteri beri amaran keras kilang sebabkan pencemaran sungai


PETALING JAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana kilang supaya memastikan sisa kilang tidak dibuang secara terbuka sehingga membawa kepada pencemaran.

Menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberi makluman, jika berlaku aktiviti pencemaran secara terbuka termasuk dari pihak pengilang.

“Saya ingin memberi amaran keras kepada semua kilang yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan semua alat kawalan pencemaran berfungsi dengan baik dan pengurusan buangan terjadual dilaksanakan dengan sempurna bagi mencegah berlakunya pencemaran yang berpotensi memberi risiko kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

“JAS juga akan memberikan ganjaran sehingga RM5,000.00 kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung pencemaran alam sekitar sehingga tertangkapnya pihak-pihak yang terbukti bersalah dan identiti pemberi maklumat berkenaan juga akan dilindungi seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyusul selepas satu video tular apabila seorang pemancing yang hanya dikenali sebagai “Asri Janggut” merakam gambar Sungai Meru bertukar warna dan berbuih disyaki berpunca daripada pelepasan kilang sarung tangan getah yang terletak di Kawasan Perindustrian Taman Meru, Jelapang, Ipoh.

Tuan Ibrahim berkata, hasil siasatan pihak JAS yang diarahkan turun ke kawasan terbabit hari ini mendapati pencemaran sungai Meru berpunca daripada pelepasan bahan mentah sintetik latex dari kilang membuat sarung tangan.

“JAS negeri Perak menjalankan persampelan dari dalam kilang dan longkang awam berhampiran kilang untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.

“Dalam pada itu, sampel ikan mati dari beberapa lokasi di Sungai Meru juga diambil dan dihantar ke Jabatan Perikanan Negeri Perak untuk dianalisis. Pemantauan dron dilakukan untuk memastikan keadaan sungai di hilir lokasi kejadian.

“Pihak kilang juga diarahkan untuk menjalankan pembersihan di longkang awam dan sungai sehingga selesai.

“JAS Negeri Perak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Exco Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata air Sungai Meru bertukar warna putih dan berbuih disebabkan susu getah yang mengalir ke sungai itu semalam.

Beliau berkata, pencemaran itu berpunca daripada kecuaian 2 pekerja di sebuah kilang sarung tangan getah yang terlupa menutup satu injap tangki simpanan.

Terdahulu FMT pemancing terbabit mendakwa perkara itu berlaku selama 20 tahun tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Malah kejadian seumpama itu berlaku setahun 2 kali.



MR :  Jangan bagi muka kepada kilang yang tak ada 'sivik' dan kilang haram


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan