Header Ads

ads header

Flash News

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan


1) Sebanyak 24.62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran kepada setiap rakyat secara percuma di seluruh negara.
- 4 keping penutup muka akan diagihkan kepada setiap isi rumah.
- tugas pengedaran akan diselia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada Majlis

Keselamatan Negeri, sebelum diedar ke daerah-daerah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang akan diagih rumah ke rumah oleh petugas barisan hadapan di daerah.

- Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia akan dihantar melalui penerbangan khas Tentera Udara
Diraja Malaysia pada Jumaat ini, selepas itu akan diagih ke peringkat daerah dan seterusnya ke rumah-rumah.

- hanya mereka yang bergejala perlu memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar dari rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

- kesemua penutup yang diagihkan itu, dibeli oleh kerajaan dan bukannya disumbangkan oleh mana-mana negara.

Utk rekod, kerajaan mengimport sebanyak 10 juta penutup itu untuk diagihkan kepada rakyat dengan mendahulukan petugas baris hadapan.

2) Berkenaan pusat kuarantin negara:

- Kerajaan berusaha memberikan kemudahan yang terbaik untuk setiap rakyat negara ini yang ditempatkan di pusat kuarantin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga semasa menjalani tempoh itu.

- Isu pusat kuarantin yang tidak selesa di Johor Bahru telah diselesaikan dan mereka telah dibawa ke hotel yang diwartakan untuk menjalani tempoh kuarantin.

- Sehingga semalam, sebanyak 127 pusat kuarantin termasuk 12 hotel telah beroperasi dengan 8,153 orang sedang menjalani proses kuarantin wajib.

- Isu pusat kuarantin bertaraf empat dan lima bintang, kerajaan hanya memperuntukkan RM150 seorang setiap hari yang merangkumi kos penginapan, makan dan minum tiga kali sehari.

- kerajaan dalam proses mewartakan sebanyak 67 lagi hotel sebagai pusat kuarantin dan hotel yang berminat untuk dipilih sebagai pusat kuarantin boleh menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

3) Tabung COVID-19:

- Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima setakat semalam.

- Daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

- Utk Fasa kedua, RM9.06 juta diperuntukkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YKN untuk tingkat kemampuan pengagihan bantuan ini.

- Kerajaan menghargai dan mencadangkan supaya setiap tabung yang diusahakan oleh pihak lain didaftarkan dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkan penyumbang diberikan insentif pengecualian cukai.


Sekian.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan