Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin Bawahan DAP mulai meragui Matlamat dan Perjuangan DAP


Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan pada 18 Mac 2020 hingga ketika ini, aktiviti rutin politik terhenti, khususnya yang melibatkan mesyuarat dan rapat-rapat umum atau pertemuan di kalangan ahli dan pemimpin parti.

Namun ini tidak bermakna, ahli politik sudah berhenti dan bercuti daripada berfikir dan menilik nasib politik mereka.

Perundingan terus berlaku, percaturan kumpulan-kumpulan politik masih berjalan dan gosip politik terus bebas bergerak merentas parti menerusi pelbagai kumpulan Whatsapp.

Meriahnya seolah-olah koronavirus ini tidak wujud.

Muhasabah


Di waktu PKP sepi daripada aktiviti di ruang awam inilah, kita bermuhasabah. Bagi yang berfikir tentang hidup dan beragama, pastinya ketika ini masing-masing sibuk bertadarus atau membaca kitab-kitab hadis bersama keluarga.

Bagi mereka yang mengkaji, ketika inilah waktu yang sesuai mengulang kaji teori-teori kajian mereka. Begitulah dengan yang lain.

Saya pula mengambil kesempatan ini (selain sibuk bekerja dari rumah), menyambil-nyambil dan membelek kembali buku-buku lama yang sesuai dengan selera politik saya.

Saya cuba mengadun apa yang saya baca dan faham dengan realiti apa yang saya lihat mutakhir ini.
Mungkin benar, mungkin salah. Kefahaman ini semacam suatu corak yang kita boleh jangka.
Macam satu lakaran lukisan Bali, kita boleh menjangka lakaran itu, garis dan moodnya akan berwarna apa. Begitulah siri-siri lukisan Bali yang lain.

Dalam konteks perjuangan parti politik, dinamik coraknya pun tak jauh beza. Secara umum mana-mana parti politik sering mengambil langkah popular yang kurang berisiko dalam gerakan politik mereka.

Pakatan ‘hancur’ Harapan


Sejarah mencatatkan kewujudan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menyingkirkan kumpulan kleptokrat dalam Umno-BN dan membentuk kerajaan baharu yang lebih berintegriti.

Namun, kejayaan ini bukanlah kejayaan yang sempurna.

Kemuncak krisis politik PH ditunjukkan pada 24 Februari 2020 apabila Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ia menghancurkan harapan untuk menjadi kerajaan pusat sekurang-kurangnya sepenggal.

Kegagalan proses peralihan kuasa yang sepatutnya licin, adalah sebahagian daripada kegagalan pengurusan politik antara parti dan pimpinan dalam hierarki kuasa politik tertinggi parti.

Jika ada yang mahu menyalahkan pihak ke tiga, itu bukan perkara pokok.

Dari kegagalan ini, DAP sebagai sebuah parti politik didalam gabungan PH, kini tersudut dalam satu cabaran yang sangat besar.

Cabaran ini hadir ketika kuasa politik telah hilang, cabaran ini juga hadir di tengah-tengah serangan koronavirus menggila.

Pada masa yang sama, cabaran ini juga muncul ketika persepsi politik terhadap DAP di kalangan masyarakat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, amat rendah.

DAP akan ke mana


Dalam kedudukan yang sempit dan tidak popular ini, soalan yang diajukan adalah mengenai hala tuju dan bagaimana DAP akan bergerak selepas krisis politik ini?

Jawapan kepada persoalan ini muncul dari rantaian perbualan yang bergerak dan bersepah-sepah dalam kumpulan-kumpulan Whatsapp, ada yang terlepas sampai ke telefon bimbit saya.
Dan saya membaca, memahami dan menapisnya bersama teman-teman.

Seperti lukisan Bali, corak politik DAP boleh dijangka. Dalam keadaan gawat politik, langkah popular adalah dengan kembali kepada sokongan akar umbi dan undi tradisi DAP iaitu kaum Cina.

Inilah manifestasi survival parti dan pemimpin hari ini untuk terus kukuh mengakar.

Langkah ini ada logiknya jika diukur berdasarkan teori graviti – apa-apa yang ke atas, akan turun ke bawah.

Namun, adakah hukum graviti ini yang akan menentukan matlamat perjuangan Roket yang mahu terbang tinggi melewati bulan?

Saya pernah membangkitkan persoalan ini sekitar dua tahun lalu.

Dan, jawapan seorang pemimpin kanan parti kepada saya ketika itu berbunyi (terjemahan) “DAP memerlukan 50 tahun lagi (untuk benar-benar bersedia menjadi parti pelbagai kaum)”.

Jika memahami jawapan ini secara literal, ini bermakna DAP memerlukan 50 tahun lagi untuk menjadi dewasa dan matang.

MAHDZIR IBRAHIM seorang pelukis
anggota jawatankuasa DAP Johor.


MR :  DAP akan mengecil dan menghilang dalam jangka masa tak sampai 10 tahun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Spai bila x akan matang..aelagi mereka x menerima bahawa malaysia ni asal nya tanah melayu.

    BalasPadam
  2. Saya suruh orang Cina supaya mencipta identiti sendiri sebagai Malaysian Chinese.
    Saya menyeru mereka seperti jangan jadikan orang Singapura idola mereka, atau Taiwan, atau Hong Kong, atau mana-mana negara kerana mereka tidak hormat langsung kepada cina Malaysia.

    Jadilah cina Malaysia yg tidak meniru mana-mana cina di negara lain. Jadilah cina Malaysia seperti Firdaus Wong, Ridhuan Tee, Wee Ka Siong, Lau Hat Yee, Khoo Kay Kim, yg pandai berbahasa Melayu dan hidup berbaik baik dengan orang Melayu serta menghormati institusi raja dan kedudukan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokongan 200% pandangan saudara, selagi mana masyarakat China Malaysia tidak menerima Malaysia adalah Tanah Melayu selagi itulah Masyarakat Melayu tidak dapat menerima mereka.

      Padam