Header Ads

Header ADS

Menteri, timb menteri 'tak kebal' jika ingkar PKP - Takiyuddin


Menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata jika benar ada perkumpulan yang melibatkan mana-mana menteri mahupun timbalan menteri dilakukan secara sengaja, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Semua orang tertakluk kepada undang-undang, termasuk menteri tak ada imuniti terhadap undang-undang ini. Kalau dikatakan sengaja (mengingkari PKP) dan terang-terang melanggar prosedur operasi standard (SOP), terpulang kepada penguat kuasa untuk ambil tindakan. Namun ia bergantung kepada kesalahan.

"Menteri bermesyuarat setiap hari mengenai isu-isu berkaitan Covid-19 dan setelah selesai mesyuarat, ada yang memerlukan (melakukan) tinjauan lanjut. Sebagai contoh seorang menteri datang ke satu tempat, ia melibatkan taklimat, melibatkan pandangan yang perlu diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, tular di laman sosial mendakwa lawatan kerja seorang timbalan menteri tidak mengikuti SOP PKP selepas ramai dilihat berkumpul dan makan bersama tanpa jarakan sosial.

- Bernama
--------

Ismail Sabri serah pada polis siasat VIP langgar PKP

Tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang dengan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai "individu berjawatan tinggi" yang berkumpul beramai-ramai dan melanggar PKP.

"Untuk sesiapa sahaja, saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya.

"Jadi saya difahamkan sudah ada tiga laporan polis yang telah pun dilakukan.

"Oleh itu kita serahkanlah kepada pihak polis untuk meneruskan tindakan," katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Gambar beberapa pemimpin Perikatan Nasional melakukan lawatan dan menikmati hidangan makanan beramai-ramai dikongsi secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu, sehingga mengundang banyak kritikan.

Antaranya dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan sendiri iaitu Noor Azmi Ghazali.

Ini selepas beliau bersama exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria dilihat menikmati makanan secara berkumpulan dalam satu majlis.

Selain itu tular gambar Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman ketika tempoh PKP masih berkuatkuasa.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin meyifatkan Noor Azmi sebagai tidak menunjukkan teladan yang baik.


Mohamed Khaled juga menyorot bahawa menteri di negara lain meletakkan jawatan kerana perkara seumpama itu.

Sementara itu, Ismail berkata bahawa polis membuat 1,565 tangkapan semalam, iaitu 508 lebih banyak berbanding hari sebelumnya.

Seramai 13,639 orang telah ditangkap sejak PKP bermula.

Dengan Ramadan yang semakin hampir, Ismail berkata bahawa polis akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya.

Beliau justeru menasihati rakyat agar terus mematuhi PKP.

"Kita dah nampak kejayaan hasil PKP yang kita perkenalkan.

"Maka kita sepatutnya membantu kerajaan untuk memastikan sifar Covid-19.

"Kita harus terus tidak melakukan (menerhadkan) pergerakan untuk memastikan tidak ada lagi kes Covid-19 baru dan dapat menamatkan PKP," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PN kelihatan bertambah integriti kerana tiada kluster VIP atau VVIP yg imun dari undang-undang.

    Siapa yg melakukan kesalahan perlu diambil tindakan.

    Ia bertepatan dgn prinsip kehakiman Islam tatkala Nabi SAW pernah berkata, "Kalau Fatimah didapati mencuri, akan ku potong tangannya". Ia bermaksud tiada individu atau mana golongan yg boleh terlepas dari dihukum jika melakukan kesalahan.

    BalasPadam
  2. Masa bang non pi jumpa pm kira langgar pkp juga ke...takde pulop puak puak dog n pig bising dalam mk

    BalasPadam
  3. lwk donkey and planet of ape....

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.