Header Ads

ads header

Flash News

Mereka mahu pulang boleh mohon mulai Sabtu


Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi 'Gerak Malaysia' yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.

"Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian, jika pergerakan akan bermula pun saya percaya mungkin selepas 1 Mei nanti...

"Tak ada jaminan lagi, kerana setakat ini kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini sebab setiap laporan ke balai polis atau dalam talian pun akan bermula pada 25 haribulan.

"Waktu itu kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya," katanya dalam sidang harian mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Katanya, bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, boleh membuat permohonan di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.

Beliau juga berkata, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

"Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan