Header Ads

ads header

Flash News

1 kematian, 103 pesakit dan 50 kes baharu


PUTRAJAYA: Seorang wanita tempatan berusia 72 tahun korban terbaru Covid-19, dengan 50 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini.

Kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban koronavirus itu 93 orang, dan 5,532 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan 103 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad.

Sebanyak 3,452 kes pulih dilaporkan sehingga kini, bersamaan 62.4% daripada jumlah keseluruhan kes.

“Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih 2 kali ganda bilangan kes yang dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 1,987 kes. Sehingga kini, seramai 43 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai kematian hari ini, Hisham memaklumkan mangsa mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Dia dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 20 Apr dan disahkan meninggal dunia hari ini pada 9.15 pagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan