Header Ads

ads header

Flash News

NGO Lancar Petisyen Gesa Shafie Letak Jawatan Ketua Menteri Sabah


Mulanya admin tidak berniat untuk mencampuri perang saraf diantara penyokong UMNO dan parti Warisan tetapi kerana sebentar tadi admin terbaca kenyataan balas yang tidak senonoh jelek dan jelas berbau fitnah. Kenyataan itu mendakwa kononnya petisyen itu ada kaitannya dengan dana 500 juta yang disediakan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Selain sudah tentulah kritikan jentera Warisan terhadap kepimpinan PPBM di peringkat negeri dan Federal yang mereka lakukan hampir setiap hari.

Maka polemik dibawahlah yang berlaku!

Dakwaan penyokong atau jentera UMNO kali ini bukan lagi semata-mata dakwaan yang biasa kita dengar tetapi lebih daripada itu, kali ini dalam masa yang sama menuntut seorang yang berjawatan Ketua Menteri agar melepaskan jawatan. Wow!

Kenapa semakin banyak rungutan dari masyarakat Sabah yang terdiri daripada NGO dan orang perseorangan terhadap kemampuan Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ya?

Yang pasti rungutan mereka berkisar soal kehidupan, baik sejak awal Warisan menjadi pemerintah negeri atau baru baru ini semenjak PKP dikuatkuasakan di negeri Sabah.

Seolah-olah tempoh masa yang dilalui oleh kerajaan Warisan adalah timeline yang berjaya mendedahkan kelemahan atau kegagalan kerajaan negeri. Lebih kurang begitulah intipati dalam dakwaan mereka.

Kita ambil contoh rungutan yang datang dari NGO yang bernama NGO BEBAS BERSUARA hingga sanggup menubuhkan petisyen atas talian, menuntut agar Shafie Apdal selaku Ketua Menteri meletakkan jawatan.

Antara rungutan atau ulasan mereka ialah berkaitan kepayahan hidup masyarakat Sabah akibat dasar pentadbiran yang dianggap gagal terutamanya apabila PKP dikuatkuasakan di negeri Sabah.

Segelintir orang Sabah yang dulunya hidup berdikari walaupun kais pagi makan pagi, cari petang untuk malam tapi dalam keadaan itu pun mereka masih mampu meneruskan kehidupan mereka. Namun apabila PKP dikuasakan kehidupan mereka berubah secara mendadak ditambah apabila kerajaan negeri gagal membantu mereka. Segala jenis bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri kalau menurut NGO berkenaan ia tidak menepati sasaran atau hanya sedikit masyarakat Sabah yang mendapat bahagian mereka, lebihnya menjadi habuan kepada kroni. Lebih kurang begitulah gosip yang dilemparkan oleh jentera UMNO atau pembangkang di negeri Sabah.

Seperti contoh kata mereka bantuan makanan yang bernilai 100 ringgit bagi setiap keluarga realitinya yang diterima oleh keluarga yang terbabit hanyalah bernilai di bawah 50 ringgit walhal peruntukan yang telah ditetapkan secara keseluruhannya ialah berjumlah 18 juta ringgit Malaysia yang menjadi tanda tanya kepada sebahagian besar masyarakat Sabah ke mana sebenarnya peruntukan sejumlah ini dibelanjakan memenangkan nilai harga yang mereka terima hanyalah dalam sekitar 60 ringgit. Polemik ini yang mereka timbulkan.

Untuk lebih mudah admin copy paste je 12 dakwaan dari NGO itu ya. Tapi tidak termasuk link petisyen yang menuntut Shafie meletakkan jawatan. Sebab nanti ada yang mendakwa admin ni BIAS atau bersekongkol. Betul tidak?

Selepas ini sebarang kesimpulan atau persepsi daripada pembaca itu hak kalian. Adakah akan mencari link yang dimaksudkan, itu terserah kepada anda.

Ingat ahh sikit pun admin tidak menokok tambah dari sumber asal yang kalau admin tidak silap telahpun pun dibidas oleh cybertroper Warisan walaupun jawapan balas yang diberikan tidak berapa menyakinkan. Alsebab itulah jawapan yang lebih tuntas dan cerdik amat dituntut oleh masyarakat politik di negeri ini.

Dakwaan NGO berkenaan :-

1. Pertumbuhan KDNK Sabah telah jatuh menjunam pada kadar 1.5% setahun selepas Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, sebelum ini untuk rekod pada tahun 2017 kadar pertumbuhan KDNK Sabah yang tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 8.2 %. Mutakhir ini kadar pengangguran di Sabah juga semakin mendadak meningkat.

2. Mengubah tempoh lantikan TYT dari dua penggal bersamaan 8 tahun kepada TANPA HAD. Ini adalah kerana TYT telah membantu Shafie Apdal memujuk wakil rakyat BN untuk ‘melompat Parti’ bagi membolehkan Shafie menjadi Ketua Menteri selepas beberapa hari Tan Sri Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan TYT yang sama.

3. Belasan kampung setinggan terbakar (turut dipersoalkan dan yang agak menghairankan kebanyakan mangsa rumah setinggan yang terbakar turut mengakibatkan Mykad mangsa terbakar, tetapi dalam masa yang sama tong gas, TV dan barangan lain dapat diselamatkan.)

4. PSS (Pas Sementara Sabah) untuk warga asing yang akhirnya dibatalkan oleh Shafie selepas Parti Warisan kalah di PRK Kimanis.

5. Melantik Peter Anthony menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah di mana kesemua projek pembangunan diletakkan di bawah kementerian ini. Umum mengetahui Peter adalah seorang kontraktor lesen kelas ‘A’ dan turut dikenakan tahanan reman oleh SPRM melibatkan peuntukan KKLW 1.5 billion dan urusan pembelian yang bernilai RM155 juta ringgit. Kontraktor juga mengeluh hanya kroni sahaja diberikan projek.

6. Melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah JPS dari kalangan orang awam dan kroni Shafie, Amarjit turut terlibat dengan kes rasuah membabitkan peruntukan KKLW RM1.5 billion. Untuk rekod selepas Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mencabar pelantikan Amarjit Mahkamah telah memutuskan sememangnya pelantikan Amarjit salah tetapi Shafie tetap berdegil mengarahkan Amarjit untuk kekal bertugas.

7. Perlantikan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ‘tauke balak’ kroni Shafie.

8. Melantik Jaujan Sambakong sebagai Timbalan Ketua Menteri dari Semporna seolah-olah sudah tidak ada lagi bangsa lain yang beragama Islam yang lebih layak di Sabah.

9. Melantik dan menyokong ramai lagi Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan di Sabah yang turut berasal dari Semporna.

10. Menghalalkan semula aktiviti pam bot yang mana salah sebab penculikan di Sabah berpunca meningkat.

11. Aktiviti bom ikan semakin menjadi-jadi malahan pelancong ada yang terbunuh terkena bom ikan. Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…
Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…

12. Semporna digelar daerah terkotor di Malaysia oleh pelancong asing.

Di bawah ini pula pendapat peribadi atau orang perseorangan berhubung keberkesanan kerajaan negeri di bawah Parti Warisan. Tapi admin ringkaskan ya sebab selain pernyataan individu itu yang agak panjang ia juga terlalu keras.

Dia kata sebelum Shafie berjawatan Ketua Menteri Sabah. Shafie pernah menyandang Menteri di Kementerian KKLW namun terpalit dengan dakwaan salahguna kuasa. Soalannya adakah Shafie berjaya menjayakan misi Kementerian KKLW di negeri Sabah, kejayaan apa yang telah dicapai? .

#sumber



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan