Header Ads

ads header

Flash News

Aziz Kalau Tidak Tahu Fasal IT Baik Duduk Diam


Tidak usahlah bekas Timbalan Menteri, Aziz Jamman yang juga wakil rakyat daripada parti Warisan itu seolah-olah mentertawakan kemampuan Internet yang ada di Malaysia. Apa lagi dia pernah menjadi Timbalan Menteri selama tempoh 22 bulan, sebab kalau tidak ia hanya akan membuktikan kegagalannya sebagai pemimpin dari parti Warisan dan bekas Timbalan Menteri yang mewakili negeri Sabah pada waktu itu .

Kenapa dia baru tahukah?

Yang admin pelik dari semua rungutannya itu ialah perlanjutan tempoh PKP dengan kuota data 1GB yang diberikan oleh kerajaan.

Helo bekas Timbalan Menteri, kuota 1GB akan terus diberikan kepada rakyat selama tempoh PKP dilaksanakan. 1GB akan dikreditkan setiap hari so tidak timbul persoalan kuota data dengan perlanjutan tempoh PKP. Fahamkah?

Begitu juga halnya dengan kerja rumah yang disediakan oleh guru sekolah dalam tempoh PKP ini. Hal ini kononnya telah menyukarkan pelajar kerana kekangan data yang tidak mencukupi.

Apa bha dia cakap ni.

Pada kebiasaannya para guru akan menggunakan aplikasi WhatsApp ketika menghantar soalan atau kerja rumah dan untuk makluman bekas Timbalan Menteri itu, hari ini kuota untuk aplikasi WhatsApp diberikan secara percuma oleh syarikat telekomunikasi seperti Celcom sekiranya ibu-bapa atau pelajar mengambil pakej Internet sebulan selain kuota 1GB yang diberikan setiap hari oleh kerajaan. So apa masalahnya? Jangan nak mengada-ngada lah.

Nasihat yang dia berikan juga agak melucukan adakah patut menasihatkan guru dan pelajar di peringkat sekolah dan IPT perlu mahir menggunakan dan melaksanakan pengajaran pembelajaran atas talian. Amat lucu atau dia itukah yang sebenarnya buta IT atau paling tidak ke baru-baruan, mengajar Itik berenang.

Kalau kita sengaja meneruskan retorika bekas Timbalan Menteri itu dan kita membuat gambaran mudah. Rasanya admin yang lebih banyak berusaha demi memastikan perkhidmatan Internet di kawasan tertentu supaya berjalan dengan lancar berbanding dirinya walaupun pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan. Kalau dia tidak percaya memandangkan dia juga seorang MP silalah berhubung dengan syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, tanya nama siapa yang ada dalam rekod mereka kerana kerap mengadu bising perihal kelembapan Internet.

Jangan saja dia pandai bercakap mengadu kelemahan ini, kelemahan sana tetapi tindakannya masih di tahap kampung-kampung atau paling tidak, tidak bertindak selagi tidak mengenal batang hidung sendiri.

Betul dakwaan beberapa individu dia ni termasuk dalam kategori pemimpin talk only no action. Hanya pandai memainkan propaganda murahan sekaligus minta puji.

Daripada dia sibuk mempersoalkan kuota dan kelajuan Internet lebih baik dia review apa yang dia telah lakukan hingga berjaya mengurangkan kegiatan tidak sihat di Sabah umumnya dan khasnya di pantai timur Sabah. Memandangkan dia ni bekas Timbalan Menteri dalam negeri.

Sibuk pada isu yang berada diluar kemampuan akal fikirnya. Buang masa betul.

#sumber



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan