Header Ads

ads header

Flash News

Warga emas ditemui keletihan tepi jalan, bantuan anggota polis dipuji


Seorang warga emas ditemui terbaring lemah di tepi jalan dalam keadaan keletihan di Kuala Lipis, Pahang sebelum diselamatkan anggota polis.

Dalam video dan maklumat yang tular sebelum ini di media sosial sejak semalam, kononnya warga emas itu dikatakan sudah beberapa hari tidak menjamah makanan hingga terpaksa keluar seorang diri mencari sesuap nasi. Maklumat ini sebenarnya tidak tepat.

Warga emas berkenaan pada awalnya ditemui seorang pengusaha bengkel yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal.

Lelaki itu kemudiannya pergi ke kedai untuk membeli makanan sebelum menemui anggota polis peronda dan memaklum tentang warga emas berkenaan.

Warga emas itu dipapah pulang oleh beberapa anggota polis ke rumahnya di Jalan Kuala Kechau di Kuala Lipis dan diberi bekalan makanan.

Video yang tular juga menunjukkan warga emas berkenaan tinggal dalam rumah usang seorang diri.

Menurut hantaran terbaru oleh pengusaha bengkel tersebut, warga emas itu dikatakan sudah meninggal dunia semalam. Bedah siasat didapati dia mati serangan jantung.

Rata-rata warga maya memuji usaha anggota polis, pada masa sama simpati dengan nasib warga emas itu yang diabaikan masyarakat sekeliling.

MR :  Jika ada ayah dan ibu dikampung tolong jeguk atau bertanya khabar..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan