Header Ads

Header ADS

UMNO tak merasai peruntukan kerajaan PAS cadang buat repot polis dan SPRM


KUALA TERENGGANU – Memang benar dakwaan Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said tidak mendapat satu sen pun daripada peruntukan bantuan Covid19.

Sebaliknya Ketua Khidmat Malaysia PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat bekata, ia bukan kerana wang tersebut tidak ada, tetapi ADUN Kijal itu belum menuntutnya dari pejabat daerah Kemaman.

Justeru Hanafiah menyeru agar Ahmad berkata benar dan jangan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.

“Masa ni bukan nak berpolitik, kerajaan salur peruntukan kepada rakyat melalui agensi kerajaan iaitu MPKK,

“Saya telah bertanya MPKK hampir disetiap DUN mereka memberitahu tidak berlaku susup (sembunyi) barangan sebagaimana yg dituduh (Ahmad Said),” ujarnya ketika dihubungi.

Hanafiah yang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, menegaskan demikian ketika mengulas ciapan terbaru Ahmad melalui media sosial hari ini.
Ahmad dalam hantaran terkini itu ‘masih berdegil’ dan mempertahankan dakwaan ‘ bohong’ beliau bahawa ADUN Umno/BN tidak mendapat sebarang peruntukan bantuan menghadapi wabak Corona Virus.

Walau pun telah tular penafian yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah semalam, berhubung perkara tersebut

ADUN Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, semua. ADUN Umno/BN mendatpat RM45, 000 melalui Pejabat Daerah.

“Saya nyatakan bahawa kenyataan yang dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak kerajaan sebenarnya telah menyalurkan terus sebanyak RM45 ribu melalui peruntukan terus kepada semua ADUN Umno melalui pejabat daerah masing-masing,” jelasnya.

Manakala mengulas tuduhan Ahmad terhadap MPKK, Hanafiah mancadangkan agar beliau atau mana-mana pihak yang mempunyai bukti, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“jika berlaku perkara sedemikian saya cadang buat repot polis dan SPRM,.biarlah orang yang berkelayakan membuat siasatan,” tegasnya


MR :  Bila SPRM siasat baharu kita tahu UMNO ada songlap duit ke tak!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Mantan MB Terengganu cakap serupa macam macai Putus Harapan,kerajaan tidak boleh bantu atau salur dana kepada parti politik supaya ianya tidak dipolitikan oleh mana mana pihak.Jika nak politikkan sangat kena pergi cari dana dari ameno.Menyalurkan dana kerajaan kepada parti politik merupakan satu kesalahan yang jelas. Mat eid memalukan warga ameno

    BalasPadam
  2. Jadi betul le yang ADUN UMNO mendapat RM45K sahaja, walhal ADUN PAS dapat RM350K. Saja bertanya ? Cadangan saya supaya pemberian ni sepatutnya ikut keperluan atau jumlah B40 yang ada disetiap DUN, pemberian sasar.

    BalasPadam
  3. Tak betul tu. RM305K tu utk 32 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yg disalurkan melalui agensi kerajaan iaitu MPKK kpd rakyat yg layak tanpa memilih bulu atau perbezaan politik

    BalasPadam
  4. Perangai lama UMNO taknak berubah lagi.Bodoh hingga nak masuk lubang kubur

    BalasPadam
  5. Mad Said ker?... ermmm kaki gaduh bukan saja dgn PAS malah sesama Umno boleh dia akan berperang.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.