Header Ads

ads header

Flash News

‘Operasi kedai gunting rambut, cermin mata tak dibenarkan’


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakub hari ini menjelaskan bahawa operasi perniagaan kedai gunting rambut dan cermin mata sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak dibenarkan.

"Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat dan sudah mendengar suara rakyat. Kerajaan juga mendengar nasihat daripada pakar tertentu dan pandangan NGO mengenai perkara ini.

"Justeru, Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) sudah membuat keputusan iaitu kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

"Saya kira ini menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat, maka perdana menteri sendiri memutuskan tidak ada lagi isu berkaitan kedai gunting rambut dan sebagainya," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan supaya kerajaan menangguhkan sementara keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan kedai gunting rambut dan cermin mata termasuk dalam senarai sektor ekonomi yang boleh membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Selain KKM, keputusan itu turut menimbulkan perdebatan berikutan kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan wujud kluster baru jangkitan Covid-19 di premis perniagaan berkenaan.

Majoriti pengusaha dan persatuan kedai gunting rambut, juga dilaporkan sanggup menanggung kerugian dengan menutup kedai, berbanding menjalankan operasi dan berdepan risiko penularan jangkitan ketika PKP fasa ketiga berkuat kuasa.

PKP yang dikuatkuasa mulai 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak Covid-19 akan memasuki fasa ketiga mulai 15 April sehingga 28 April ini.

Mengenai rayuan para pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta yang ingin pulang ke kampung, Ismail Sabri berkata kerajaan telah memutuskan para pelajar untuk terus kekal di universiti masing-masing.

"Insya-Allah, kebajikan, makan dan minum para pelajar akan ditanggung kerajaan," katanya.

Jelasnya semua keputusan itu adalah bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian dan membendung jangkitan Covid-19 berjaya.

Beliau berkata jika berlaku pergerakan besar-besaran tentu sukar bagi pihak polis melakukan pemantauan dan kemungkinan akan terjadinya kluster baharu Covid-19.

"Saya harap rakyat dan para pelajar semua faham semua tindakan ini adalah kerana untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga dan masyarakat apabila mereka pulang ke kampung," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan