Header Ads

ads header

Flash News

Operasi perniagaan kekal 8 pagi - 8 malam


KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk menukar waktu operasi perniagaan terutama pada Ramadan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini waktu operasi yang dibenarkan iaitu bermula jam 8 pagi hingga 8 malam masih berkuat kuasa.

"PKP fasa dua belum habis lagi dan insya-Allah kita akan melihat keperluan berhubung perkara itu.

"Buat masa ini, saya melihat keadaan masih tenang dan selesa dan rakyat masih boleh membeli makanan sebelum (operasi perniagaan tamat) jam 8 malam.

"Setakat ini, kita masih tidak menukar waktu yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan