Pelajar boleh balik kampung tak lama lagi, kata PM
PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin mengumumkan pelajar yang berada di kampus sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, akan dibenarkan pulang ke kampung dalam masa terdekat.
Perdana menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk memberi “sedikit kelonggaran” susulan penurunan ketara kes positif Covid-19.
“Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan,” katanya dalam perutusan khas malam ini.
“Jumlah pelajar yang terlibat adalah besar, iaitu hampir 100,000 orang. Jadi kita mesti rancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ianya teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan.
“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19.”
Katanya, butiran terperinci berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Oleh itu, beliau meminta ibu bapa bersabar dan memberi masa kepada kementerian terbabit untuk menguruskan perkara itu.
“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh
berada di rumah.
“Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat.”
Muhyiddin berkata, Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk memberi kebenaran 1 kali perjalanan bagi mereka yang berada di kampung atau tempat lain untuk pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, seperti diumumkan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, pihak terlibat boleh mendaftar di aplikasi disediakan polis atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi membuat pendaftaran.
“Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau hentian-hentian di lebuh raya.
“Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan.
“Butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan