Header Ads

ads header

Flash News

Peniaga jual telur RM1 sebiji kena tindakan


IPOH - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan ke atas seorang peniaga yang menjual telur RM1 sebiji di sebuah premis di Meru di sini.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, susulan aduan daripada orang awam mengenai penjualan telur itu, sepasukan pegawai penguat kuasa seramai lima orang menjalankan pemeriksaan ke atas premis tersebut semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis yang menjual barangan keperluan harian itu mempamerkan harga jualan telur ayam RM1 tanpa menyatakan gred telur tersebut.

"Ketika pemeriksaan dijalankan hanya terdapat empat papan telur ayam dengan jumlah 114 biji dipamerkan untuk jualan.

"Satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga tersebut dan peniaga perlu mengemukakan maklumat yang diperlukan sebelum 16 April 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kegagalan mana-mana peniaga mematuhi arahan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta yang sama yang membawa kepada denda RM100,000 hingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan.

Katanya, bagi bukan pertubuhan perbadanan, individu tersebut boleh dikenakan denda RM50,000 hingga RM100,000 atau penjara selama antara dua tahun hingga lima tahun.

Saifullizan berkata, peniaga juga boleh disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 sekiranya sesuatu gambaran yang diberikan kepada pengguna adalah mengelirukan mengenai harga disebabkan gred telur tersebut tidak dinyatakan.

"Pihak KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya melaporkan kepada KPDNHEP sebarang kenaikan harga dan isu bekalan dengan menghubungi saluran yang disediakan oleh KPDNHEP sepanjang PKP," katanya.


MR :  Peniaga jenis celaka patut diboikot!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan