Header Ads

ads header

Flash News

Penyampai berita RTM Farit Ismeth Emir meninggal dunia


PETALING JAYA: Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir yang terkenal pada awal 1990-an, disahkan meninggal dunia hari ini.

Beliau yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Farit menyertai RTM pada 1986 dan sinonim dengan segmen Berita Dunia Jam 10 yang bersiaran selama 1 jam tentang perkembangan dunia.

Beliau juga terkenal sebagai suara di sebalik slogan iklan Dunhill “Gaya, Mutu, Keunggulan” semasa iklan jenama tembakau dibenarkan serta beberapa iklan terkenal lain di televisyen.

Rakan-rakannya di RTM memanggil beliau Pak Ngah.

Penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon yang sering tampil bersama Farit di Dunia Jam 10 menggambarkan beliau sebagai “sahabat setia”. “Dia selalu bersedia menolong sesiapa sahaja yang meminta nasihat atau pertolongannya, terutama penyampai TV baru. Dia mungkin kelihatan seperti lelaki yang tegas, tetapi sebenarnya dia bersuara lembut dan ramah,” katanya




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Allahyarham juga dikenali kerana sering menyelitkan kata-kata hikmah setiap kali sebelum mengakhiri berita.

    BalasPadam