Header Ads

ads header

Flash News

Petugas kesihatan guna 59 juta PPE sebulan


PUTRAJAYA: Petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan 59 juta unit peralatan perlindungan diri (PPE) sebulan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Oleh itu, kata ketua pengarah kesihatan, KKM sudah berbincang dengan beberapa agensi, terutamanya dalam industri fesyen untuk memastikan bekalan berterusan PPE.

“Kami telah berhubung dengan (pengusaha) industri, pereka fesyen serta bekerjasama dengan agensi lain untuk memastikan bekalan berterusan dari industri tempatan untuk menghasilkan PPE KKM.

“Ada 18 item dalam satu set PPE, jadi kami mengawasi penggunaannya dan memastikan stok diperolehi dan dihantar ke KKM,” katanya dalam taklimat harian Covid-19 semalam.

Sementara itu, Hisham berkata, 267 warga KKM dijangkiti virus itu, dengan 73% daripadanya dijangkiti dalam komuniti dan bukan kerana bekerja di wad Covid-19.

“Kami ada 50 orang, iaitu 19% yang dapat jangkitan di hospital, iaitu mereka yang dapat jangkitan daripada pesakit kerana ada pesakit tak maklum sejarah perjalanan atau ada kaitan dengan kumpulan berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.

“Bila warga KKM bekerja di wad Covid-19 atau unit rawatan rapi (ICU), mereka tidak dijangkiti sebab mereka pakai PPE,” katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan