Header Ads

ads header

Flash News

Pilihan Putrajaya jaga ekonomi ketika harga minyak jatuh, Covid-19


DISEBABKAN harga minyak kini berada pada tahap terendah pernah dicatat, Putrajaya berkemungkinan besar perlu mempertimbangkan pemotongan perbelanjaan dan mencari sumber pendapatan baharu bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19 ke atas ekonomi.

Kerajaan juga perlu berusaha lebih walaupun sudah memberi jaminan yang ia sudah mengambil kira faktor harga minyak dalam anggaran defisit baharu yang kini diletakkan pada tahap lebih 4% tahun ini.

Harga minyak WTI- penanda aras AS untuk harga minyak mentah- merudum teruk pada Isnin kepada bawah AS$16 setong untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun. Malah, penjual terpaksa membayar pembeli untuk mengambil tong minyak bagi mengosongkan ruang simpanan disebabkan lebihan bekalan.

Sementara itu, harga minyak Brent- penanda aras harga minyak global- pula diniagakan pada kadar AS$16 setong.

Bagi mengurangkan kehilangan sumber perolehan minyak tahun ini, Putrajaya mungkin terpaksa menggabungkan beberapa langkah menggandakan perolehan, memotong perbelanjaan dan meminjam dengan lebih banyak, kata profesor ekonomi Sunway University Business School Yeah Kim Leng.

Sumber perolehan bukan cukai alternatif termasuklah dividen syarikat berkaitan kerajaan, penjualan aset dan pelbagai mode penswastaan lain.

“Dalam aspek perbelanjaan, kerajaan boleh mengalihkan perbelanjaan, misalnya dari sekuriti kepada kesihatan. “Ia juga boleh mempertimbangkan pengurangan perbelanjaan keseluruhan dengan pemotongan gaji dan perbelanjaan lain dan menangguhkan projek pembangunan lain selepas mengambil kira kos dan manfaat,” kata Yeah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan