Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat Malaysia di Singapura yang mahu pulang perlu dapatkan permit masuk


RAKYAT Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air dari Singapura melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, bermula 27 April.

Menurut notis umum di laman Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut - nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas - ke alamat e-mel stmsg@mhc.org.sg, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.

Satu salinan pas - Penduduk Tetap Singapura, Pas Jangka Panjang, Permit Kerja, Pelajar dan lawatan sosial - perlu dilampirkan bersama.

Setelah diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.

Mereka kemudiannya perlu mencetak atau mengambil tangkapan skrin telefon bimbit e-mail tersebut dan diserahkan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.– Bernama, 24 April, 2020.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan