Header Ads

ads header

Flash News

PM Britain dipindahkan ke ICU, keadaan bertambah buruk


LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kini dipindahkan di unit penjagaan rapi (ICU) semalam, susulan keadaan kesihatan dan gejala yang dihadapinya bertambah buruk, namun dilaporkan stabil.

Perkembangan terbaharu merunsingkan dan membimbangkan rakan mahupun seterunya politik di Britain dan luar negara ketika negara itu sedang mengekang penularan wabak.

Johnson, 55, dimasukkan ke hospital kelmarin selepas menunjukkan gejala deman panas lebih daripada 10 hari dan disahkan mempunyai virus COVID-19.

Downing Street melaporkan, keadaannya stabil dan beliau tampak positif dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Beliau dipindahkan ke ICU sekitar jam 6 petang semalam di Hospital St Thomas di tengah bandar raya London denfan diberikan bantuan pernafasan, kata satu sumber.

“Selepas tengah hari semalam, keadaannya semakin teruk dan dinasihatkan dipindahkan ke ICU,” kata jurucakap Pejabat Perdana Britain.

“Beliau mengarahkan Setiausaha Luarnya, Dominic Raab iaitu Setiausaha Negara mengambil alih jawatan timbalan bagi menjalankan tugas mana yang perlu’,

“Beliau ketika ini stabil dan dalam keadaan sedar,” katanya yang dipetik Downing Street.

Menurut Downing Street, Johhson diberikan bantuan pernafasan ventilator bagi menstabilkan keadaannya.

“Ratu Elizabeth sentiasa diberikan perkembangan dari masa ke masa,” kata satu kenyataan Istana Buckingham.

Mata wang pound Sterling itu jatuh satu sen berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu AS$1.221 (RM5.33) daripada $1.230 (RM5.37) pada awalnya.

Johnson disahkan positif virus itu pada 26 Mac lalu namun selepas 10 hari menjalani kuarantin sendiri di apartmennya di Downing Street, beliau dimasukkan ke hospital kelmarin susulan demam dan batuk-batuk.

Menurut profesor di Institut Pengimejan University College London (UCL), Derek Hill, keadaan perdana menteri itu sememangnya semakin merosot.

“Salah satu ciri COVID-19 di semua negara adalah pesakit lelaki berada dalam keadaan lebih parah berbanding wanita terutama mereka berusia lebih 40 tahun. Malah jika umurnya melebihi 60 tahun, usia itu lebih berisiko serta menghidap penyakit kritikal lain.

Sementara itu ramai pemimpin politik seluruh dunia mengharapkan Johnson kembali pulih.

Presiden AS, Donald Trump, berkata seluruh rakyat Amerik mendoakan kesembuhan Perdana Menteri Britain itu.

“Beliau seorang yang istimewa, tegas, tidak putus asa dan saya yakin beliau tidak akan menyerah kalah dan terus berjuang," katanya sambil menambah beliau sudah meminta dua firma farmaseutikal yang membangunkan potensi terapi COVID-19 untuk berhubung dengan kerajaan British untuk menawarkan perkhidmatan mereka.

"Kami sudah menghubungi doktor Johnson dan kami akan melihat apa yang akan berlaku. Namun mereka benar-benar sibuk,” katanya.

Timbalan Johnson, Raab, 46 pula memberi jaminan, kerajaan Britain akan memastikan pemimpin negara itu stabil dan kembali sembuh.

“Beliau dalam keadaan selamat, fokus kerajaan adalah mengekang wabak pandemik itu dan bebas daripadanya,” katanya yang dilantik Menteri Luar dalam pentadbiran kerajaan Johnson sejak Julai 2019.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nah lihatlah sendiri, Inilah bukti kukuh kenapa PKP diperkenalkan di Malaysia.
    Tanyalah siapa sahaja yg kerja di UK. Tanya si Dr. Amalina yang sembang kencang habuk pun tarak. Konon ikut evidence lah.... Evidence satu hal cik, compliance pun satu hal. Evidence ada tapi takde compliance maka jadi lah seperti UK.

    Malaysia punya sistem perubatan adalah bagus di bawah pimpinan PN. Ia kembali kepada sistem asal di masa Najib memerintah, di mana gaji doktor di pertingkatkan, elaun on call dinaikkan, dan rota kerja dikemaskinikan supaya on call tak melebihi 24 jam. Jadi banyak doktor diperlukan utk mengisi rota ini.
    Datang PH hancurkan semua. Yang jadi nak balik Malaysia tak jadi balik. Pakar yg di tawarkan elaun pakar terus dipotong. Kegilaan apakah ini?

    Saya dahulu puas tulis kat Malaysia kini. Terlampau ramai orang liberal retards yang bodoh di sana membuatkan saya berhenti langganan kerana tidak mahu duit saya jadi bahan bakar api neraka. Kalau nak komen kena subscribe, jadi duit kamu akan jadi sumber kepada musuh Islam.
    Lebih baik saya di sini dapat komen dan berhubung dgn orang yang alim dan bijaksana. Tak perlu rosakkan grey matter saya melayan orang gila libtards seperti Zunar laknatullah, Mariam Mokhtar laknatullah, dan Dean John's Laknatullah.

    BalasPadam