Header Ads

ads header

Flash News

Putrajaya tarik balik permit operasi kilang Heineken, Carlsberg


KUALA LUMPUR, 6 April — Putrajaya membatalkan permit operasi kilang arak Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dikritik umum.

Menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian mengenai perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini mengesahkan perkara itu.

”Sejak semalam media sosial seperti Facebook, Instagram, kumpulan WhatsApp, dan banyak lagi mempersoalkan kenapa kilang Heineken dan Carlsberg masih dibenarkan operasi.

”Hari ini selepas mesyuarat kabinet khas yang dipengerusikan perdana menteri, kita mengambil keputusan untuk menarik balik permit,” katanya.

”Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan mengeluarkan surat pembatalan serta-merta jadi tidak ada lagi isu kenapa kilang ini masih dibuka.”

Heineken Malaysia memperoleh kebenaran kerajaan untuk meneruskan operasi dengan waktu dan jumlah pekerja yang terhad sepanjang PKP.

Heineken pada 24 Mac lalu berkata pihaknya menghentikan operasi di Petaling Jaya susulan PKP dan pekerjanya diarah bekerja dari rumah hingga 31 Mac.

Kilang minuman keras itu dalam kenyataan juga memberi jaminan memenuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan semasa PKP.

Katanya hanya 10 peratus pekerja terlibat dalam memastikan pengeluaran produk dapat dipasarkan.

Sejak semalam pemimpin PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lantang mengkritik tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membenarkan kilang arak itu beroperasi.

Ia selepas surat kebenaran operasi Heineken, ditandatangani setiausaha kementerian Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, tular di media sosial.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..satu tindakan yang cepat,tepat dan adil

    BalasPadam