Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat Indonesia Cemburu Cara Malaysia Tanggani Covid-19, Kita Bagaimana, Syukur Atau Kufur? (bersama video)


KEBANYAKAN rakyat Indonesia mencemburui keperihatinan Kerajaan Malaysia membantu rakyatnya ‘berper@ng’ bersama Covd-19 dan dikatakan antara negara terbaik menguruskannya.
Malah, kebanyakan mereka terkejut dengan situasi terkini di Malaysia dengan langkah-langkah diambil kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia tidak pan1k dan kelam kabut menghadapi benc@na sebegini besar.

Macan Idealis yang menemuramah Prof. Dr. Irwandi Jaswir, mengenai kondisi terkini di Malaysia ternyata terkejut malah menyatakan keadaan ini menyebabkan walaupun sebelumnya berlaku pelbagai masalah politik di Malaysia, kecekapan serta keperihatinan kerajaan menyebabkan rakyat berdiri di belakang pemerintah, malah sekiranya pembangkang melakukan tindakan sebaliknya pasti akan dikritik oleh rakyat.

Irwandi menyatakan keadaan di Malaysia membuktikan pemerintahnya sememangnya bersedia dan bijak menguruskan situasi bencana seperti Covid-19 ni.

4 Kebijakan pemerintah Malaysia yang dikagumi dan perlu dicontohi;


Pertama, semua maklumat dari satu sumber tiada percanggahan dari negeri atau daerah. Setiap hari rakyat dapat mendengar perkembangan terkini dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan pihak pemerintah tanpa ada percanggahan.

Kedua, jujur dan transperan, angka-angka statistik dapat diikuti dengan lengkap dan dari maklumat sahih, dapat dikesan pesakit dari kes demi kes ini memudahkan rakyat mengetahui dan memahami.

Ketiga, adanya jaminan dan keperluan asas dari kerajaan, hampir tidak ada mendengar orang kekurangan makanan, bahkan mahasiswa di universiti dan kolej mendapat makanan secara percuma dari pemerintah. Kekurangan bahan asas tidak ada di Malaysia, mereka berbelanja seperti biasa dan adanya jaminan kerajaan mengenai keperluan yang mencukupi.

Keempat, Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin membantu rakyat, meliputi semua golongan, menyediakan keperluan mencukupi di hospital bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengumuman bantuan kepada rakyat seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin menyebakan rakyatnya tidak pan1k dan patuh akan arahan kerajaan sehingga kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu tinggi.

Malah, komen-komen di ruangan youtube berkenaan lebih mengejutkan apabila ada rakyat terus-menerus memuji kerajaan Malaysia dan mengharapkan kerajaannya menuruti langkah-langkah yang diambil.

“Waktu yg paling tepat Perdana Menteri Malaysia ambil alih pmerintahan. Cara dia berucap menyampaikan kpada rakyat seperti ayah kepada anaknya, terserlah rasa sayangnya kepada rakyat, semoga Allah panjangkan umurnya dan dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, amin. Semoga Presiden Indonesia bisa mengikuti jejak langkah yg sama, amin,” kata Awang Adeng menerusi ruang komen berkenaan.

Lebih mengejutkan ada komentar yang menyatakan mengapa Sumatera tidak bergadung dengan Malaysia dahulu?.

“ENAK BANGET JADI ORANG MALAYSIA YA. Kenapa orang sumatera dulu milih gabung indonesia…??padahal mayoritas etnis sumatera sama sama melayu padahal,” luah Prabu Ranga Susana.


“Bener banget yg di bilang sama prof karena saya sendiri juga masih di malaysia… Andai saja di indonesia dapat kebijakan seperti di malaysia … tapi itu cuman mimpi !!.


“Saya bangga dengan segala keanekaragaman Indonesia, tapi jadi iri kalau lihat negara lain yang lebih baik membimbing dan mencintai rakyatnya,” kata seorang lagi komentar.


“Malaysia negara yang memikirkan keberadaannya rakyatnya,….menghargai dan menghormati rakyatnya…..beda sama negara kita banyak koruptor selalu menjual rakyat kurang mampu,….lihat malaysia bangga mereka menjadi rakyatnya,…kondisi dunia yang dilanda musibah,…disinilah keberadaan pemerintah yang perlu diharapkan anak negeri,” Raja Zibran Zibran Fahlefi.


“Malaysia sering membingungkan indonesia. Makin diketahui makin aneh. Seperti apa malaysia ya? Biar sering dijelik2 dihina.malah jalan terus,” kata Norasrianuar Asrianuar.


Temubual itu boleh ditonton di bawah…





MR :  Macai PH saja yang tak bersyukur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PH & Macai PH memang kerjanya dibayar 1 objective iaitu utk menjatuhkan kerajaan dengan apa cara pun. Cara paling senang adalah fitnah.

    Sebab itu PH dapat memerintah sekejap sahaja tak sampai 1 penggal. Sebab modal fitnah susah nak diperpanjang2kan jika orang asik bertanya kesahihan & kebenaran fitnahnya. Takkan pula nak bersambung2 fitnah. Sampai bila oun tak habis. Tapi jawapan samada faktanya sahih atau tidak tetap TIADA. 😂

    BalasPadam
  2. Ya betul juga. Macam isu Rafizi menuduh Pas kes 90juta. Sampai kesudah takda jawapan fakta yg tepat. Hanya main2 sebut aje. Style fitnah. Anwar pula asik tunjuk dari jauh kertas printed berwarna hitam (konon bukti) tapi sampai sekarang dah berapa tahun masih tidak mahu tunjuk apa yg ditulis di kertas hitam tu. SPRM dah panggil setiap orang pun masih xdapat membuktikan kes tersebut. Akhirnya SPRM memutuskan tiada kes 90juta (pegawai penyiasat SPRM adalah dari lantikan kerajaan PH sendiri pula tu 😂)

    BalasPadam
  3. Awas scammer cuba menipu Anda dengan pelbagai janji palsu.

    BalasPadam