Header Ads

ads header

Flash News

Kemeja Putih Lengan Dilipat, Perunding Imej Ini Kongsi Maksud Di Sebalik Penampilan PM


Setiap kali tiba waktu sidang media khas berkaitan penularan COVID-19, pasti rakyat ternanti-nanti susuk karisma Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun perasan tak, dalam tiga sidang media yang diadakan, Muhyiddin seringkali tampil dengan gaya penampilan bersahaja tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemejanya ke paras siku.

Perunding imej ini ada jawapannya.

Menurut Asnawi Yusof, pemilihan gaya pakaian perdana menteri itu sebagai bijak kerana dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan psikologi manusia.

Ini termasuklah pilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti pakaian namun ia tidak semestinya benar tetapi mampu beri pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

"Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya 'tuan haji'.

"Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata 'dia orang berjaya' atau 'anak orang kaya'," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan gaya Muhyiddin, Asnawi memberitahu kemunculan beliau ketika sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengumuman perihal keadaan semasa Covid-19 pada 13 Mac dan 16 Mac lalu ada maksud di sebaliknya.

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media itu, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

Secara psikologinya kata Asnawi, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang 'maklumat tersembunyi' yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.

"Muhyiddin turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa," jelasnya.

Berbeza ketika Muhyiddin tampil pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu, beliau memilih mengenakan sut penuh berserta tag nama dan tali leher biru, imej berbeza berbanding dua sidang media sebelumnya.

Asnawi berkata, menerusi pakaian itu dapat dilihat perdana menteri serius kerana perutusan yang disampaikan adalah penting serta bernilai RM250 bilion kepada rakyat.

Ketika inilah katanya, beliau perlu menonjolkan diri sebagai seorang individu yang dipercayai, berkarisma dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

Bukan sekadar pakaian kata Asnawi, pemilihan perkataan yang digunakan dalam ucapan beliau juga cukup dititikberatkan apabila menggunakan bahasa Melayu dengan terma layman (bahasa mudah difahami) serta beberapa ayat bahasa Inggeris khusus untuk masyarakat bandar atau elite people.

Sumber: mStar Online
 

MR :  Anwar lagi hebat boleh masuk terus macam "ulama" agama lain 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PM MY tokoh politik sederhana.Gaya kurang bercakap berdegar-degar tapi bekerja.Naik sahaja PM baru, memberi harapan baik kepada rakyat setelah 22 bulan diugut oleh PH dengan pelbagai kenyataan seperti negara hampir bangkrup serta penarikan peruntukan.Masa Anuwar telah berlalu.Duk diam-diam

    BalasPadam
  2. Anwar tu dh macam ayah PIN dah... semua agama dia langgar

    BalasPadam