Header Ads

ads header

Flash News

SIS Yang Sesat Lagi Mengelirukan


Hari ini, NGO Sisters in Islam yang diterajui oleh Marina Mahathir menyerang YB Dato' Siti Zailah, Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga atas nasihat yang beliau kongsikan dalam satu video tips menghadapi tekanan dalam keluarga ketika tempoh PKP.


SIS merupakan pertubuhan yang sudah pun difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kerana ia menyebarkan fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS memfitnah YB Kak Lah dengan menuduh kononnya Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga mempunyai mesej tersembunyi bahawa "wanita perlu bersabar, menerima dan memaafkan tingkah laku ganas suami mereka."


Ini pemBOHONGan yang teramat besar oleh SIS.
Sesiapa sahaja yang menonton video berdurasi 5 minit itu akan dapat menilai benarkah dakwaan jahat SIS itu.?

YB Kak Lah pada awal video tersebut berkongsi tips pertama bagi menghadapi kemarahan ialah dengan berwuduk bagi Muslim, bertenang dan rehatkan diri samada melalui duduk atau baring.
Beliau juga menyarankan kepada suami untuk berdiam dahulu sekiranya isteri berleter dan begitu juga kepada si isteri supaya bersabar dahulu ketika suami marah, usah terus menjawab atau menengking pula suami supaya keadaan yang tegang dapat diredakan.

Wahai SIS, buktikan di celah mana saranan tips nasihat oleh YB Kak Lah ini menggalakkan suami bertindak ganas terhadap isteri.?

Adakah SIS buat-buat pekak telinga kerana di hujung video itu juga YB Kak Lah ada menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa atau tahu berkenaan kes penderaan dan keganasan rumah tangga untuk menghubungi talian aduan Hotline 15 999 atau Whats app 019 2615 999.
Beliau juga memberikan jaminan bahawa semua aduan akan diambil tindakan dengan segera oleh pihak berkuasa.

Sungguhpun SIS benci kepada perjuangan PAS tetapi mengapa sampai ke tahap mahu memfitnah pemimpin PAS yang diberikan amanah menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga itu..?

Marina Mahathir menggelar YB Kak Lah sebagai "ignorant woman".
Siapa yang jahil sebenarnya wahai SIS yang pernah mendapat dana daripada Timbalan Menteri DAP, Hannah Yeoh dulu...?

FB
Syed Ahmad Fadhli


MR :  Ini kerja jahat SIS dan Malaysiakini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Nak bercakap tentang Islam...cermin lah diri dulu... Setan lagi lebih arif berbanding dengan puak puak liberal songsang yang terang terang menyanggah ajaran Allah.Perempuan menutup aurat mereka bising, perempuan yang berbogel,diniagakan sebagai hamba seks tak apa pula. Islam angkat martabat dan melindungi wanita dorang sanggah..

    BalasPadam
  2. sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta menuju ke neraka, apabila otak dianggap cerdik berkata-kata tanpa panduan Al-Quraan dan Hadis dan tanpa merujuk alim ulamak.

    BalasPadam
  3. mengaku Sister in Islam, tapi sebenarnya Sister in Kafir

    BalasPadam
  4. Lebih tepat dipanggil Sister in Satan

    BalasPadam