Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit naik 0.23%



KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak mentah yang menggambarkan prospek lebih positif bagi jangka sederhana turut memacu prestasi ringgit yang dibuka 0.23 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS, hari ini.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu naik 100 mata asas kepada 4.3550/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3750 sewaktu ditutup pada Rabu.

Dalam pada itu, Ketua Strategis Pasaran Global Axicorp Stephen Innes berkata, peningkatan ringgit itu berkait rapat dengan prospek kenaikan harga minyak pada jangka sederhana ketika pasaran dilihat mengelak unjuran jangka pendek lebih suram serta mengandaikan pemulihan harga minyak lebih ketara pada suku ketiga tahun ini (Q3 2020).

“Ini jelas dapat dilihat dalam saham berkaitan minyak global yang mencatat prestasi lebih baik semalam, disokong oleh dividen tinggi dan jangkaan pembetulan harga minyak yang positif pada Q3 2020,” katanya dalam nota hari ini.

Pada 9.23 pagi, West Texas Intermediate (WTI) yang juga minyak penanda aras pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) bagi global meningkat 1.52% kepada AS$13.99 setong, manakala penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 1.67% kepada AS$20.71 setong.

Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak mentah dan produk petroleum dan sebarang pergerakan harga minyak mentah turut memberi pengaruh besar terhadap pengukuhan ringgit.

Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia naik berbanding yen kepada 4.0399/0498 daripada 4.0525/0626 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0480/0557 daripada 3.0582/0659.

Berbanding euro, ringgit turut naik kepada 4.7086/7198 daripada 4.7400/7517 sebelumnya manakala berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.3649/3771 daripada 5.3964/4106, semalam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan