Header Ads

Header ADS

Penghargaan di atas kesudian YB Dato' Seri Hishammuddin menerima kunjungan


Saya merakamkan setinggi penghargaan di atas kesudian YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri menerima kunjungan hormat kami di Wisma Putra hari ini.

Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai suasana politik antarabangsa khususnya di Timur Tengah, dan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia ke arah mewujudkan kestabilan dan keamanan sejagat.



Saya turut menyatakan kepentingan Malaysia untuk mengutamakan prinsip damai dalam hubungan antarabangsa, seterusnya mengukuhkan kerjasama antara negara serantau, seagama dan negara yang boleh bersahabat.

Saya mendoakan Dato’ Seri dan warga Wisma Putra dipermudahkan segala urusan bagi memastikan hubungan diplomatik dengan negara luar terus utuh, dalam situasi semasa yang sangat mencabar.

ABDUL HADI AWANG
DUTA KHAS TIMUR TENGAH





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.