Header Ads

ads header

Flash News

Sabtu 25/4 - 2 lagi korban, 51 kes baharu dan 99 pulih menjadi 65.5% pulih


Malaysia mencatatkan dua lagi kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah 98.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 99 lagi kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya ialah 3,762 atau 65.5 peratus.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 51 kes Covid-19 baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan ialah 5,742.

Mengambil kira pesakit yang sudah pulih, jumlah kes aktif di Malaysia ialah 1,882. Mereka sudah diasingkan dan kini menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, kata Noor Hisham, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dua kes kematian terbaru setakat tengah hari tadi ialah:
  • Kes kematian ke-97 (kes ke-2354) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.
  • Kes kematian ke-98 (kes ke-2806) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1346 (yang merupakan anak beliau). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 5.43 petang.
Sementara itu, mengulas kes yang dilaporkan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), Noor Hisham berkata terdapat 20 kes baru dari Selangor Mansion, Malayan Mansion (3), Kampung Sungai Lui (1), dan Selayang (10).

Dari jumlah keseluruhan jangkitan di Selayang, Noor Hisham berkata 35 daripada 46 kes adalah melibatkan imigran.

Jumlah kes yang berkaitan dengan perhimpunan Sri Petaling pula meningkat sebanyak 37 menjadi 2,112.


MR :  Peratus pulih makin tinggi memberikan harapan yang baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan