Header Ads

ads header

Flash News

Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan kepada Rakyat


Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan kepada Rakyat Kelantan yang berhadapan dengan suasana penularan Covid 19 dan PKP

Ramai yang mempersoalkan apakah sumbangan dan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyatnya dalam suasana penularan Covid 19 dan PKP? Sebagai sebuah Kerajaan negeri yang bertanggungjawab dan berkebajikan, Kerajaan Kelantan sejak awal lagi telah memikirkan bantuan-bantuan yang boleh diberikan oleh rakyat. Bermula dari fasa pertama PKP sehingga kini, banyak pengumuman dan tindakan telah dibuat secara berperingkat-peringkat dengan kemampuan kewangan yang ada. Berikut adalah sekurang-kurangnya 10 inisiatif dan bantuan yang saya kenalpasti telah dan akan dibuat oleh Kerajaan Kelantan untuk rakyat negeri ini. 

1. Memperuntukkan sejumlah RM100,000 bagi setiap Dun untuk program Bakul Ramadhan kepada Fakir dan Miskin. Jumlah ini akan melibatkan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM 4.5 Juta.

2. Kerajaan Kelantan juga telah membelanjakan sebanyak RM 2.7 Juta untuk menyediakan bantuan barangan keperluan kepada penduduk yang terjejas akibat Covid 19. Bantuan ini disalurkan kepada semua Pusat Khidmat Adun iaitu sebanyak RM 60,000 melalui 3 fasa.

3. Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan Bantuan Khas Fakir Miskin pada permulaan Fasa pertama PKP dengan kerjasama dengan MAIK untuk 2,250 buah keluarga iaitu 50 orang keluarga bagi satu Dun yang melibatkan peruntukan RM 675,000.00.

4. Kerajaan Negeri juga bersetuju menangguhkan bayaran sewa dan bayaran tunggakan serta sewa beli selama 6 bulan iaitu bermula April 2020 bagi Rumah Kos Rendah (RKR).

5. Memberikan pengecualian sewa premis Kerajaan Negeri termasuk premis yang berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun selama 2 bulan.

6. Kerajaan Negeri Kelantan memberikan peruntukan RM 300.00 bagi setiap keluarga yang disahkan positif Covid 19 dan keluarga yang berada di bawah Pengawasan Berpusat (Kaurantin). Bantuan ini khusus untuk kategori keluarga B40.

7. Memberikan sumbangan RM 500.00 buat keluarga yang meninggal dunia akibat Covid 19.

8. Kerajaan Kelantan juga memberikan Elaun Khas (One Off) sebanyak RM 300.00 kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

9. Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri kepada Penjawat Awam di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga turut menuruti langkah pengumuman tersebut dengan memberi RM 500.00 (One Off) kepada Penjawat Awam di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

10. Sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri, MB bersama barisan EXCO telah menyumbang dua bulan gaji untuk Tabung Setambi Mekah (Tabung Kebajikan) bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Covid 19. Juga pengumuman oleh MB Kelantan yang menyumbangkan Elaun Dato' Bergelar yang dianugerahkan kepadanya diberikan kepada rakyat di Dun Pasir Pekan bermula apabila ia telah diwartakan sehinggalah selagi mana beliau menjadi Adun Pasir Pekan.

Tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan atas kecaknaan kepada rakyat negeri ini. Mugo-mugo terus istiqamah, cekal dan tabah dalam mengemudi negeri Kelantan dalam suasana yang ada pada hari ini. Juga tahniah kepada rakyat Kelantan yang tabah, bersemangat dan sentiasa mematuhi arahan PKP. Didoakan semoga kita mencapai kemenangan berhadapan dengan Covid 19 ini dan kemenangan yang hakiki di sisi Ilahi. Jadikan ujian Covid 19 ini sebagai salah satu cabaran dan tarbiah Ramadhan untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Cikgu Mohd Ariff Abdullah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan