Header Ads

ads header

Flash News

Perutusan Khas Ramadhan Al-Mubarak 1441H


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberi peluang kepada hambaNya untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak. Walaupun tahun ini kita menyambut kedatangannya dalam suasana duduk di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya wabak Covid-19 dapat dibendung, namun itu tidak sepatutnya mematahkan semangat umat Islam untuk terus menghidupkan bulan yang mulia ini.

Kita telah diberikan peluang oleh Allah untuk menumpukan sepenuh masa dengan ibadat. Jika sebelumnya disibukkan dengan urusan kerja dan dunia yang tidak berkesudahan sehingga terabai ibadat-ibadat, maka tahun ini adalah anugerah Allah kepada seluruh hamba-Nya untuk bersungguh-sungguh mengisi waktu dengan ibadat dan amalan yang soleh.

Hayati firman Allah SWT:

﴿يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٨٣﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Sifat taqwa ini melahirkan rasa perhambaan dan takut kepada Allah SWT, sehingga menggerakkan diri melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.

Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan buruk dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman, penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain.

Konsep taqwa juga menjadi sebab Islam memerintah masyarakat majmuk sehingga beberapa abad dengan adil dan menjamin hak masing-masing, di kalangan masyarakat berbagai kaum dan agama dari Timur di Asia Tenggara, sebelah Barat di Afrika Barat sehingga Sepanyol, Utara di Asia tengah dan Selatan di Afrika Tengah. Adapun kejatuhan pemerintahnya apabila meninggalkan Islam dan hilangnya jati diri muslim.

Akhir sekali, marilah kita mendoakan dengan keberkatan bulan yang mulia ini, semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, diampunkan dosa-dosa dan dijauhi daripada segala wabak penyakit.

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan