Header Ads

ads header

Flash News

Khamis 23/4 - 71 kes baharu, kakitangan KKM antara 2 korban baharu dan 90 pulih


Malaysia mencatatkan 71 kes jangkitan Covid-19 baru, menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan sebanyak 5,603.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan sebanyak 90 lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 3,542 atau 63.2 peratus.

Ini bermakna kes aktif Covid-19 di negara ini ialah sebanyak 1,966 kes. Daripada 71 kes baru yang dilaporkan, 19 merupakan kes import dan 52 merupakan jangkitan tempatan.

Setakat ini, 42 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dua kematian baru hari ini turut dilaporkan, termasuk melibatkan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di Malaysia ialah sebanyak 95.
Berikut merupakan latar belakang kematian terbaru:
  • Kes kematian ke-94 (kes ke-3871) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan anggota perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-3662 (yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor). Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 6 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2020 jam 12.36 tengah malam. Ini merupakan kematian ketiga di kalangan anggota kesihatan KKM.
  • Kes kematian ke-95 (kes ke-4129) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1575 (yang berkaitan dengan kluster PUI Bali). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 11.48 malam.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan