Header Ads

ads header

Flash News

Tambah lagi 2 minggu, sehingga 28 April


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas untuk membantu orang lain semasa tempoh perintah kawalan gerakan (PKP), termasuk yang terlibat dalam penghantaran makanan.

Senarai itu didahului dengan para doktor dan jururawat di barisan hadapan hospital kerajaan yang merawat pesakit dijangkiti virus Covid-19.

“Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta. Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit Covid-19, hospital swasta menerima pesakit-pesakit bukan Covid-19 untuk dirawat,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas berhubung tempoh lanjutan PKP hari ini.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan makanan percuma kepada mereka di barisan hadapan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Beliau juga merakamkan penghargaannya kepada anggota polis, angkatan tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, jabatan imigresen, anggota Rela dan agensi lain.

Bagi mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan, katanya, beliau sedar bahawa mereka merisikokan diri mereka kepada bahaya dengan memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati makanan mereka.

“Orang lain duduk di rumah, anda keluar rumah untuk pastikan orang lain boleh makan. Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia.

“Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motor laju-laju. Anda juga insan yang hebat.

“Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita.

“Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” katanya.

Kita jaga kita” merupakan slogan dari gerakan yang wujud beberapa hari selepas PKP dilaksanakan.

Menurut laman web tersebut, #KitaJagaKita menghubungkan mereka yang ingin menghulurkan bantuan dengan mereka yang paling memerlukannya (golongan yang terjejas, komuniti perubatan) melalui inisiatif akar umbi, NGO, atau masyarakat sivil.

Dalam ucapannya itu, perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi, iaitu sehingga 28 April, berdasarkan maklum balas daripada Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar perubatan.

PKP telah berkuat kuasa pada 18 Mac untuk meratakan lengkung jangkitan Covid-19. Pada mulanya, ia dijadualkan berakhir pada 31 Mac tetapi selepas itu ia dilanjutkan hingga 14 April.

Beberapa kawasan, termasuk tiga bangunan di Kuala Lumpur, telah dikategorkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) atau perintah berkurung disebabkan peningkatan jumlah kes positif yang dikesan.

Setakat petang ini, 25 daerah di seluruh negara telah dikategorikan sebagai zon merah kerana mempunyai lebih daripada 40 kes Covid-19.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan