Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan Menteri Kesihatan, EXCO Perak hadapi tuduhan ingkar PKP


GERIK: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-duanya berdepan tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua minggu lalu.

Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, serta Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak pada 9.20 pagi.

Kedua-dua mereka serta beberapa individu lain akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman. – BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan