Header Ads

ads header

Flash News

Tiong dilantik duta khas PM ke China


Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke China.

Pelantikan itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, yang turut menyatakan kedudukan itu bertaraf menteri.

"Tiong telah dilantik sebagai duta khas kepada perdana menteri ke China bertaraf menteri.

"Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan," kata kenyataan itu.

Ia menyusuli pelantikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah pada 2 April lalu.

Tiong merupakan anggota parlimen Bintulu selama lima penggal dan pernah menjadi duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

Tiong sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan sebagai timbalan menteri perpaduan negara yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, atas alasan ia tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai presiden parti.

PDP merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menguasai 18 kerusi Parlimen.

Jawatan duta khas itu sebelum ini dipegang Anggota Parlimen Cheras yang juga Pengerusi DAP Tan Kok Wai. Bagaimanapun jawatan itu tidak membawa status menteri.


MR :  Yang tolak jawatan dilantik lagi, rasa dia berjiawa besar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan