Header Ads

ads header

Flash News

Trump umum henti bantuan dana kepada WHO


WASHINGTON
: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump umum menghentikan bantuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sementara kajian semula dijalankan.

Menurut Trump, kajian semula itu merangkumi dakwaan salah urus WHO dalam isu COVID-19 selain menyembunyikan penularan jangkitan virus berkenaan, lapor CNN.

Beliau berkata ketika AS mengehadkan kemasukan pelancong dari China pada fasa awal wabak tersebut, WHO "menentang apa yang dilakukannya". 

"Negara dan wilayah lain yang mematuhi panduan WHO dan membuka sempadan kepada China menyaksikan peningkatan pandemik itu di seluruh dunia.

"Keputusan negara besar lain untuk membenarkan perjalanan adalah antara tragedi terhebat dan peluang yang diketepikan sedari awal lagi," kata Trump dalam sidang medianya pada Selasa.
MR :  PH pun buat silap juga 'karma' menghukum 22 bulan aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan