Header Ads

ads header

Flash News

Tuntutan bantuan pengangguran?


Tuntutan bantuan pengangguran adalah antara petunjuk awal yang digunakan di Amerika Syarikat untuk mengukur prestasi ekonomi.

Data ini mula disimpan setiap minggu sejak tahun 1967.

Sebelum bulan ini, rekod paling tinggi dicatat pada 2 Okt 1982 dengan 695,000 tuntutan.

Minggu lalu, rekod ini dipecah dengan 3.28 juta tuntutan.

Semalam, rekod dipecah sekali lagi apabila 6.7 juta warga Amerika yang hilang kerja membuat tuntutan.

Pada awal tahun ini sebelum krisis Covid bermula, purata tuntutan pengangguran USA cuma sekitar 210 ribu orang.

Kini dah 6.7 juta orang.

Semalam juga, jumlah kes Covid seluruh dunia telah mencecah 1.15 juta orang dengan 53,167 kematian.

Antara negara-negara yang mencatat kenaikan kes paling tinggi semalam adalah negara-negara maju seperti USA, Itali, Spain, Jerman, UK, Perancis, Switzerland dan Kanada.

Negara-negara maju di Asia pula seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Singapura masih melaksanakan sekatan-sekatan ketat yang memberi impak besar kepada ekonomi mereka.

Ianya semakin jelas bahawa krisis ekonomi Covid ini bukan biasa-biasa.

Dua benda paling asas dalam ekonomi ialah permintaan (demand) dan pembekalan (supply).

Kemelesetan ekonomi yang biasa berlaku apabila permintaan turun ketara dalam masa yang singkat.

Tetapi dalam krisis Covid, kedua-dua permintaan dan pembekalan hancur dalam masa yang paling singkat akibat sekatan ketat yang dilaksanakan,

Ini bermaksud negara-negara yang lebih bergantung kepada eksport dan perdagangan antarabangsa serta harga komoditi antarabangsa seperti Malaysia akan menjadi antara negara yang ekonominya paling terkesan.

Walaupun semasa kerajaan BN semasa saya PM melaksanakan pelan transformasi telah berjaya mengurangkan kebergantungan ekonomi negara kepada hasil komodititi dan meningkatkan peranan ekonomi domestik berbanding ekonomi eksport, tetapi negara kita masih sangat terdedah kepada ekonomi antarabangsa.

Oleh kerana permintaan dan pembekalan negara-negara rakan dagang yang merupakan ekonomi-ekonomi paling besar telah terjejas, Malaysia perlu mengutamakan dan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi domestik.

Semakin jelas kepada semua bahawa apa yang diperlukan sekarang bukan sekadar pakej-pakej rangsangan ekonomi sahaja.

Malah, kita perlu satu Pelan Selamatkan Ekonomi yang menyeluruh dan bertindak laju yang memerlukan bukan sahaja pindaan kepada cara kerajaan mengendalikan kewangan dan ekonomi tetapi pindaan kepada undang-undang negara juga.

Bantuan kepada Rakyat yang telah hilang sumber pendapatan dalam masa yang paling singkat ini juga tidak boleh lambat.

Ramai yang hilang pendapatan dalam masa yang singkat, kerajaan juga perlu memberi dan menyalurkan bantuan kepada mereka pada mas yang paling singkat.

Kerajaan tak boleh tunggu sehingga akhir bulan untuk bantuan dibayar.

Projek-projek besar yang telah sampai ke tahap pembinaan atau sedang dibina yang lebih bergantung kepada bekalan tempatan seperti MRT2, LRT3, ECRL (bahagian yang diimport seperti tren-tren itu adalah pada masa hadapan) dan Lebuhraya Pan Borneo highway dan projek-projek yang telah sampai ke tahap untuk memulakan pembinaan seperti RTS Johor-Singapura dan HSR perlu dipercepatkan dengan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dan pembekal tempatan.

Pada masa yang sama, kita juga boleh mengambil kesempatan dari harga bekalan dan komoditi yang rendah semasa krisis Covid ini bagi mengurangkan kos-kos projek ini.

Projek-projek di mana pulangan ekonominya pada masa depan adalah terjamin seperti projek-projek solar di atas empangan yang mampu dilaksanakan dengan laju kerana kebanyakan pembekalannya adalah dari sumber tempatan juga boleh dipertimbangkan.

Baca ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155796237720952

Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan Rakyat melibatkan diri dalam sektor pertanian dan perladangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import dan pekerja asing juga patut dijadikan keutamaan.

Pada pendapat saya, satu pindaan undang-undang atau arahan kerajaan yang diperlukan serta-merta ialah untuk menghalang penyewa diusir keluar jika tidak membayar sewa serta menghalang syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, Telco dan pembekal air untuk menghentikan bekalan untuk satu tempoh yang munasabah.

Banyak lagi yang kerajaan boleh buat untuk menyelamatkan ekonomi negara tetapi kita perlu perlaksanaan lebih laju yang tidak diperlambatkan oleh birokrasi kerajaan atau kembimbangan ke atas defisit atau hutang negara kerana negara kita masih ada kekayaan sebanyak RM2 trilion serta rizab-rizab lain yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu.

We have to go big and move fast at this critical time because this is not an ordinary economic crisis.

NAJIB RAZAK


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan