Header Ads

ads header

Flash News

10 kes baru, 86 pulih dan 6 hari tanpa kematian


Malaysia hari ini terus mencatatkan kes baru jangkitan Covid-19 pada dua angka selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini berkata sebanyak 10 kes Covid-19 baru dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 7,629 kes.

Ini adalah kes terendah yang dicatat sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Sebelum ini, kes positif terendah adalah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lalu dan 15 kes yang direkodkan semalam. Manakala sembilan kes direkodkan sebelum pelaksanaan PKP pada 12 Mac lalu.

Beliau juga memaklumkan tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini. 

Ini bermakna lima hari berturut-turut tiada kematian akibat wabak berkenaan  sejak 22 Mei lalu.

Noor Hisham juga memaklumkan 86 kes telah pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,169 kes iaitu 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Noor Hisham berkata sebanyak 8 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, menurutnya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 1,345 kes. 

"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya dalam sidang media hari ini.


MR :  Nampak sekolah akan buka tak lama lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan