Header Ads

ads header

Flash News

23 Daripada 36 Ahli DUN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz


PAS Kedah mengumumkan Perikatan Nasional mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Dalam sidang media sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor berkata bahawa seramai 19 Adun di Kedah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau turut mendakwa bahawa sebanyak 23 Adun termasuk empat daripada Bersatu telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.

"23 Ahli DUN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku menteri besar Kedah.

“Yang saya sebutkan tadi ialah 15 (Adun) daripada PAS, dua daripada BN dan dua bekas ahli PKR yang telah keluar parti tengah hari tadi dan empat Adun Bersatu.

"Dengan kehilangan kepercayaan, maka kerajaan PH Kedah telah jatuh dan hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa serta-merta.

"Justeru itu, atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 Adun yang hadir pada hari ini bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Kedah yang baru atas nama kerajaan PN," katanya kepada pemberita.

Difahamkan Sanusi dicalonkan PAS Kedah sebagai menteri besar seperti dipersetujuai bersama.

Sanusi juga Adun Jeniri berkata bahawa proses peralihan kuasa akan dibincangkan oleh pemimpin PN di peringkat persekutuan.

"Bagi menyempurnakan proses peralihan kuasa secara tertib dan aman mengikut acuan negeri Kedah.

"Maka presiden parti-parti gabungan dalam PN di peringkat persekutuan akan mengemukakan calon menteri besar Kedah yang baru melalui setiausaha kerajaan negeri bagi perkenan seterusnya menerima tauliah lantikan daripada Sultan Kedah," katanya.

Ketika ditanya apakah PN negeri Kedah mempunyai calon MB, Sanusi membalas bahawa gabungan PN peringkat telah mempunyai seorang sebagai calon menteri besar.

"Ada nama, tapi tak boleh diumumkan. Presiden parti peringkat pusat akan mengumumkan melalui setiausaha negeri.

Berkaitan soalan lain berhubung pendirian empat Adun Bersatu tidak sokong Mukhriz, Sanusi berkata bahawa kesemua empat adun ini membuat sidang media secara berasingan.

Setakat ini Mohd Firdaus Ahmad (Kuah) dan Halimahton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) telah mengaku menukar kem.

Katanya tiga orang telah menyerahkan akuan bersumpah di hadapan setiausaha kerajaan negeri pagi tadi dan seorang lagi akan berbuat demikian esok.


MR :  Makin panas ni!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. mukriz dalam DILEMA...sepatutnya dia tidak jatuh tersingkir kali kedua jika bersama tsmy sebagai kjaaan pusat.takut jadi anak derhaka jika xdak bersama tun.sejarah buktikan tidak jadi derhaka jika ayah mereka sudah meninggal dunia..cth mujahid yusuf rawa/omar nik aziz dan faiz fadhil nor.

    BalasPadam