Header Ads

ads header

Flash News

Adham tuntut RM30 juta, permohonan maaf dari C4


Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta terhadap Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Peguam Mohammed Nasser Yusof berkata dalam surat tuntutan tersebut, anak guamnya turut menuntut C4 menyiarkan permohonan maaf di laman web, media sosial, serta menerusi sidang media dalam masa tujuh hari bermula hari ini, berhubung kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.

Ia setelah C4 menuntut Adham memberikan penjelasan mengenai beberapa kontrak yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

C4 mendakwa antara syarikat yang menerima kontrak daripada KKM ialah Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB).

NGO itu mendakwa dua anggota lembaga pengarah syarikat itu turut berada dalam lembaga pengarah sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian klinik Adham.

C4 turut mempersoalkan jika wujud unsur pilih kasih dalam pemberian kontrak tersebut.

Pada 5 Mei lalu, sumber SPRM dipetik Bernama sebagai berkata, badan antirasuah itu sedang menyiasat kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pemerolehan peralatan untuk menangani Covid-19 yang diberikan melalui rundingan secara terus.


Mohammed Nasser Yusof

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya lima kontraktor dipanggil SPRM untuk membantu siasatan melibatkan kontrak yang dipercayai bernilai sekurang-kurangnya RM30 juta.

Bagaimanapun, usaha peguam berkenaan untuk menghantar surat tuntutan itu secara serahan tangan tidak berjaya kerana pejabat C4 di Petaling Jaya tutup.

Dalam satu rakaman temu bual di hadapan pejabat itu kemudiannya Nasser berkata dia akan menghantar surat tersebut ke alamat pejabat berdaftar C4 yang lain, di Brickfields dan Gombak.

“(Adham) Ingin buktikan kepada rakyat bahawa beliau seorang yang berintegriti dan bersih.

“Tohmahan ini (oleh C4) adalah fitnah dan tak berasas, hanya melalui medan perbicaraan di mahkamah akan merungkai kebenaran,” katanya lagi.

Ketika dihubungi, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata pejabat mereka akan dibuka esok dan akan memberi maklum balas terhadap surat tuntutan apabila telah menerimanya secara rasmi.

"Surat tuntutan perlu diserahkan secara betul, maka esok mungkin mereka akan cuba hantar lagi dan kita akan balas.



MR :  Kalau tak fitnah tak nama geng PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Cyntia gebrail....saja nak tnyer yg kes kapal selam dulu pehal? Aku dah tua dah cuma teringin nak tengok kes ni. Tak kan senyap je

    BalasPadam