Header Ads

Header ADS

Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari didakwa langgar PKPB


SHAH ALAM: Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari
disiasat atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) semasa sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata siasatan itu dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

“Polis menerima satu laporan semalam dan pihak terlibat, termasuk individu yang memuat naik gambar berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan. Siasatan awal akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, gambar seorang Adun Selangor bersama lebih 20 ahli keluarganya di luar rumah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, tular di media sosial.

Gambar itu menimbulkan persoalan sama ada SOP PKPB tidak terpakai ke atas golongan kenamaan.

MR :  Harap polis adil semua pihak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.