Header Ads

Header ADS

Pemimpin Bersatu yang dipecat dakwa Muhyiddin kini jadi diktator


SHAH ALAM -
Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat hari ini melabelkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai diktator kerana berpolitik ketika pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi.

Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka tidak bersetuju dengan pemecatan tersebut kerana telah menafikan hak untuk membela diri.

Berikut ialah kenyataan penuh mengenai perkara tersebut.

Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan bahawa tindakan kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18 Mei 2020 sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan kami melanggar perlembagaan parti Bersatu.

Peruntukkan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu menyatakan:

(i) 10.2.2 Mengisytiharkan keluar daripada parti.

(ii) 10.2.3 Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah.

Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ia bertentangan dengan undang-undang serta menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang- undang.

Yang jelas, pejabat Presiden bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara. Ini juga menampakkan sikap diktator Presiden.

Kami juga menyatakan di sini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh Presiden Bersatu kini dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita.

Surat yang diutus kepada kami juga pada zahirnya menampakkan kecelaruan urusetia parti BERSATU kini.

Ia ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan Bersatu ditadbir secara profesional. Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang diantaranya ialah pengasas parti Bersatu sendiri adalah sangat menjelikkan serta biadab.

Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi Bersatu.

Kami akan memastikan Bersatu kembali ke landasan betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan.

Pada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama.

Bertarikh: 28.05.2020

#Kekal Berprinsip #Selamatkan Bersatu

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Ahli Parlimen Langkawi
Pengerusi BERSATU

Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun
Timbalan Presiden BERSATU

Syed Saddiq Syed Rahman
Ahli Parlimen Muar
Ketua ARMADA BERSATU

Dr. Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
Ahli Majlis Tertinggi BERSATU

Datuk WiraAmiruddin Hamzah
Ahli Parlimen Kubang Pasu


MR :  Muhyiddin boleh dipanggil Mahafiraun!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Laa dia buat orang boleh , orang lain buat tak boleh.

    Ini semua salah Najib kaaaan ? !

    BalasPadam
    Balasan
    1. GENG melayu MAHATHREQ dan geng melayu ANWAR terus bercakaran GILA KUASA.yg gembira situasi ini DAPIGS dan PANkhianat

      Padam
  2. Walau apa alasan petulang 5 eko ni yg pasti mereka tetap d buang parti,,inilah noktah kepada manusia bongkak takbur dan hina mcm mereka,,istilah diktator itu wajar mahathir bingai lihat ke diri dia,,dlm.merangka perlembagaan partu dia dengan sengaja meletakkan kuasa diktator kepada pengerusi parti setaraf presiden komunis korea utara,,,kuasa,arahan dan keputusan adalah bulat2 100% di tgn pengerusi dan semua keputusan dan idea ahli bawahan adalah sampah tiada nilai d sisi kuasa diktator pengerusi parti bersatu,,,,di dalam partj bersatu selain pengerusi adalah hamba abdi yg kena taat membuta tuli arahan org tua nyanyuk 90an

    BalasPadam
  3. SIAPAKAH GURU DIKTATOR MALAYSIA???

    BalasPadam
  4. Wayang je semua ni.

    BalasPadam
  5. Bukan ke atok guru diktator...Tahniah TSMY berani kerana benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu berani kerana benar tahniah tsmy kami sokong tsmy.

      Padam
  6. kita sebagai rakyat Malaysia jgn mudah terpedaya dgn semua ahli politik tak kira siapa yg memerintah. sepatutnya parti yg memerintah fikir kan masalah rakyat bukan fikir kan nak jawatan saja rakyat dah beri amanat patut dilaksanakan ni tak asik lompat pati Aje nak kan jawatan orang macam ini adalah tidak layak dipilih menjadi wakil rakyat atau pun menteri. bagi saya mana2 ahli politik yg telah dipilih oleh rakyat lepas tu nak lompat pati lain eloklah buat 1 akta supaya mereka yg lompat automatik kawasan DUN atau parlimen mereka menang kosong supaya diadakan pilihan raya kecil semula biar rakyat yg tentukan bukan dia yg tentukan nasib rakyat kalau tidak selagi itu nasib rakyat tak terbela orang macam ini memang tidak layak wakil rakyat atau menteri kalau selagi macam ini asik lompat pati nasib rakyat memang tak kan terbela kalau beri bantuan yg tak seberapa untuk kabur kan mata rakyat lepas tu rakyat ditindas semula baik tak payah beri lagi bagus.saya minta maaf sekiranya apa yg saya tulis ini ada membuat sesiapa yg marah saya pun rakyat biasa ini hanya lah pandang saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro. Semua ahli politaik ni mmg kotor lah. Mmg jenis nak rebut hak org. Semua parti sama je x da yg baik.

      Padam
    2. Oleh itu kita kena tingkatkan iman kita dan betul2 yakin Tuhan melihat apa kita lakukan dan akan balas dengan baik atau buruk tergantung kelakuan kita. Kalau pegang jawatan lakukan tanggunjawab amanah dengan sekuat kuatnya. Kita semua dipertanggungjawabkan perkara ini. Kalau tak terimalah tempiasnya. Ini fardi kifayah untuk orang islam. Bagi orang kafir payah sikit tapi boleh cedok dari ajaran2 agama mereka untuk meyakinkan mereka. Kena terus usaha supaya rakyat jangan di kotik katik oleh ahli2 politik sesiapa pun.

      Padam
  7. Ni Lah Dikatakan Sepandai2 Tupai Melompat...Ibarat Roda...Langit Tak Selalu Cerah...TerimaLah Hakikat Dan Muhasabah Diri

    BalasPadam
  8. yng letak jwatan pm madey..yg ajr tentang diktator..madey ..mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi..so dh ajar anak murid..anak murid tunjukkan r pada tok guru dia apa yg diajar...

    BalasPadam
  9. mls nk komen tersalah komen nnti kena kecam lebih baik diam

    BalasPadam
  10. Madey kata dia betul Mahyidin kata dia tk salah lantaklah.. kita rakyat biasa perhatikan jerr.. mcm tgk WWE.. jap baik jap jahat cam tulahh

    BalasPadam
  11. Udah2 la madey hoi... Hang merapu dah... Bagilah orang lain

    BalasPadam
  12. Anwar pecat ahli tanpa panggil bela diri x pulak dikomen? Fasal 10.2.3 jelas menyebut" menyertai...( ini bkn bermakna menjadi ahli sesuatu parti politik lain). Perkataan " menyertai" pun dah boleh digunakan utk mengambil tindakan terhadap 5 jahanam ni. Tp percaya madey and the gang x kan berdiam diri. Manusia rakus ni tak prnh berpuashati selagi cita2nya x tercapai. Selagi boboy x jd pm, selagi itulah madey akan porak perandakan negara.

    BalasPadam
  13. Aku dah berumur 60an ...dah ingat berbau lumpur...TAPI..! ada lagi yg bau nya lebih nak muntah dah. Udah udah lah...!!Hanya satu putusan silap yg boleh memecahkan melayu ummah ...kalau berita ini benar...!!! TOLONG LAH buat lah satu keputusan yg rakyat tak akan lupa hingga keanak cucu bangsa bangsa melayu UMMAH.Yang diTAKUTI jadi pengkhianat pada ugama islam daripada bangsa melayu itu sendiri.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.