Header Ads

ads header

Flash News

Akibat beraya lebih 20 orang (bersama video)


Kerajaan bersetuju membenarkan kenderaan persendirian membawa sehingga enam penumpang daripada satu keluarga dan rumah yang sama, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu tertakluk kepada kapasiti penumpang bagi kenderaan berkenaan seperti kenderaan pelbagai guna (MPV).

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebenaran itu hanya akan berkuat kuasa selepas peraturan sedia yang hanya membenarkan empat penumpang dalam satu kenderaan, dipinda dan diwartakan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang kekal patuh kepada peraturan PKPB ketika menyambut Hari Raya semalam.

“Saya difahamkan ada yang letak papan tanda di rumah menyatakan ‘kami tidak menerima tetamu’ dan sebagainya.

“Walaupun kita tak dibenarkan solat sunat Aidilfitri di masjid dan menerima tetamu yang ramai.

Ia tidak bermakna Aidilfitri dengan normal baharu ini tak dapat diraikan dengan kesyukuran dan keinsafan, serta penuh kemeriahan dan kegembiraan bersama keluarga terdekat,” katanya.

Tuan Rumah Kata Tak Ajak pun Tetapi Tetamu Dtg Sendiri.Tapi Kantoi Bila Polis Tanya Tetamu

Tetamu datang tanpa undangan. Itu alasan diberikan pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Gombak, Kuala Lumpur yang didapati mengumpul 18 individu dalam kediaman berkenaan, hari ini.

Pemeriksaan polis di rumah itu pada 5 petang hari ini mendapati 18 penghuni rumah serta tetamu berada di kediaman itu sempena Aidilfitri meskipun aktiviti ziarah tidak dibenarkan selepas Hari Raya pertama.

Pemilik rumah berusia 50-an itu mendkwa tetamu datang ke rumahnya tidak dijemput, sebaliknya kehadiran mereka tanpa diketahuinya.

Bagaimanapun, seorang daripada beberapa tetamu di dalam rumah berkenaan pula memaklumkan mereka dijemput pemilik rumah untuk datang beraya hari ini.

” Saya datang ke rumah saudara ini sebab tidak sempat untuk ke sini semalam kerana bekerja,” katanya.

Seorang lagi tetamu lelaki berusia 19 tahun berkata, dia dijemput rakannya yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan untuk datang beraya.

” Saya tinggal di kawasan perumahan ini dan datang selepas dijemput rakan untuk beraya.

” Saya tahu beraya hari kedua adalah satu kesalahan, tetapi saya datang juga dan tidak menyangka polis akan datang untuk periksa rumah ini,” katanya yang baru sahaja tiba di rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Dalam pemeriksaan itu, pemilik rumah berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama sahaja membabitkan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tengah seronok menziarah, sekali polis datang

Sementara itu di Kampung Bunohan, Tumpat, ziarah di sebuah kediaman petang semalam menerima kejutan apabila dikunjungi anggota polis yang membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, individu yang berada di rumah itu dipercayai terdiri daripada sanak saudara terdekat dan tidak melebihi 20 orang sekali gus tiada tindakan dikenakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, biarpun mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun mereka dinasihatkan tidak berkumpul dalam tempoh lama.

” Sebaik anggota polis tiba di rumah itu, ada beberapa individu segera bersurai dan anggota polis menasihatkan individu lain supaya patuh SOP dengan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tuan Rumah Kata Tak Ajak pun Tetapi Tetamu Dtg Sendiri.Tapi Kantoi Bila Polis Tanya Tetamu

Ab Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas satu video yang tular, hari ini mengenai kehadiran pihak berkuasa di sebuah rumah untuk membuat pemeriksaan berikutan terdapat ramai pengunjung.

Menurutnya, walaupun tiada tindakan dikenakan, namun pihak polis serius membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana dibimbangi ada yang memandang ringan terhadap SOP yang dikeluarkan.

” Kami serius dalam memantau situasi sebegini (berkumpul) dan sentiasa membuat pemeriksaan mengejut sekiranya kelihatan kenderaan atau pengunjung yang ramai di sesebuah kediaman.

” Bagaimanapun, setakat hari ini tiada yang berkumpul melebihi 20 orang dan semuanya patuh akan SOP,” katanya.

#sumber




MR :  Terlalu ramai yang degil, tapi seorang dua aje nasib tak baik kena saman


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan