Boleh ziarah kubur, tapi tak digalakkan
KUALA LUMPUR: Aktiviti ziarah kubur pada Hari Raya dibenarkan tetapi orang ramai dinasihatkan untuk mengelak melakukannya sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, setakat ini perkara itu adalah nasihat, bukan larangan seperti yang disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, semalam.
"Perkara itu tidak dibincangkan hari ini dan kita percaya dalam hal ini terletak kepada disiplin diri dan kawalan kendiri. Buat masa ini tidak perlulah kita bergantung kepada peraturan dan SOP saja, kawalan kendiri itu lebih penting.
"COVID-19 ini akan terus berada di sekitar kita, mungkin dalam dua tahun atau lebih. Mungkin kita tidak boleh laksanakan PKPB ini hingga dua tahun, jadi tanpa undang-undang ini pun, rakyat boleh mengawal penyebaran wabak dengan mengamalkan kawalan kendiri.
"Kerajaan kini sudah banyak memberikan kelonggaran tetapi kita nasihatkan patuhi SOP dan peraturan yang sudah ditetapkan. Ziarah kubur ini masih dalam peringkat kita nasihatkan jangan lakukan bukan peraturan," katanya selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.
MR : Ziarah kubur tidak dibuat zaman nabi pada hari rayasila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan