Header Ads

Header ADS

Ini kerajaan Tuanku!

ALHAMDULILLAH, pada hari Isnin lalu, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selamat berlangsung di Dewan Rakyat walaupun negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menangani wabak Covid-19.

Istiadat tersebut juga menyaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mencemar duli dan menyampaikan titah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat.

Syabas kepada pihak Parlimen kerana menuruti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sehingga kedudukan kerusi ahli-ahli yang berhormat di Dewan juga mematuhi penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka oleh semua yang hadir.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka sendiri mengajak semua hadirin untuk menzahirkan terima kasih dan penghargaan tertinggi kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berkorban demi memastikan keselamatan rakyat daripada wabak Covid-19.

Seperti biasa, ada sahaja segelintir pihak yang cuba mempolitikkan istiadat tersebut. Namun, penulis tertarik dengan perbahasan hangat di media sosial mengenai konsep ‘Kerajaan Beta’ seperti yang terkandung dalam titah Seri Paduka.

Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini dengan kata lain bermaksud, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai raja selaku ketua negara dan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara yang menjelaskan peranan raja dan kerajaan.

Malaysia juga mengamalkan demokrasi berparlimen di mana rakyat akan memilih wakil-wakil mereka melalui pilihan raya. Wakil-wakil rakyat ini kemudiannya menentukan siapakah dalam kalangan mereka layak untuk dilantik oleh Seri Paduka sebagai Perdana Menteri bagi menjalankan kuasa eksekutif Seri Paduka mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, tidak salah pernyataan ‘Kerajaan Beta’ yang diucapkan oleh Seri Paduka dalam titahnya. Malahan, itulah pernyataan paling tepat dan tidak seharusnya dijadikan polemik dalam kalangan rakyat.

Hak

Di United Kingdom iaitu tempat lahir konsep raja berperlembagaan sendiri juga perkara sama berlaku. Ratu Elizabeth II selaku ketua negara juga menggunakan pernyataan yang sama dalam titah baginda pada istiadat pembukaan Parlimen di House of Lords.

Baginda Ratu juga menyebut My Prime Ministers atau My Ministers dalam titah yang disediakan oleh kerajaan. Pada istiadat Isnin kelmarin juga menyaksikan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan menyerahkan teks titah kepada Seri Paduka.

Maka, apakah yang cuba dimainkan dan dibahaskan oleh kelompok yang cuba mempersoalkan pernyataan itu? Janganlah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan tafsiran yang berlainan hanya semata-mata hakikat itu tidak menyebelahi kalian.

Selain itu, lebih mengecewakan, ada pimpinan pembangkang yang meremehkan sidang Isnin lalu apabila menyifatkannya sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’. Sekalipun kurang bersetuju dengan keadaan tersebut, janganlah tergamak sehingga merendahkan sidang di mana Seri Paduka bertitah.

Bukankah ramai antara mereka adalah pengamal undang-undang? Tetapi mengapakah mereka seperti menidakkan peri pentingnya titah Seri Paduka di Parlimen. Bukankah Seri Paduka berhak bertitah sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau secara serentak bersama kesemua ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang termaktub dalam Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan?

Justeru, penulis menegaskan konteks yang tepat adalah kerajaan Malaysia ini adalah kerajaan Seri Paduka dan titah yang disampaikan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Seri Paduka sebagai ketua negara. Ini perlu jelas pada pemahaman semua dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
20 Mei 2020


MR :  Penggunaan untuk kerajaan berpelembagaan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. KENYATAAN ini terus menambah GILA tun serta pimpinan P unah H arapan P akatan Hancing.malah ada MP mereka menyatakan Parlimen SAMPAH dan BISU.DApig skrang kononya memdiamkan diri supaya dilihat SUCI tetapi disebalik tabir menggunakan rakan sekutunya terus MEROYAN gila kuasa...Perumpamaan ada Tali gantung DIRI tetapi menyalahkan orang lain yang BUNUH mereka

    BalasPadam
  2. Zaman skg cakap x pakai akal ingat hukuman dunia ada akhirat x lepas silap 2 dua kna,,,,

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan,
    Cuba fikir, time Covid ni apa yg laris?

    Cuba fikir, kita pengeluar getah. Kita juga pengeluar petroleum.

    Kita juga menerima barangan recycle dari negara maju.

    Haa apa lagi, hidupkan dan rancakkanlah industri pengeluaran sarung tangan (yg memang Malaysia dah buat dah) dan juga PPE.
    Malaysia perlu kuasai supply chain PPE.

    Inilah yang apa Allah berfirman dalam Quran "Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan".
    Haaa korang nampak tak.
    Minta kerajaan giat kan lagi sektor pengeluaran kelengkapan PPE yang berkualiti tinggi mengalahkan China.
    Pasti laris punya. Harga getah pasti naik.

    Banyak lagi boleh difikirkan. Buat brainstorming session.

    Haa satu lagi idea, cipta Packaging makanan anti Covid. Buat macam satu produk dwilayer plastik yang boleh peel off diluar tanpa mencemarkan bahagian dalam.

    Plastik ini boleh digunakan utk pak barang take away dan food delivery.

    Ah macam macam lagi bro.
    Orang Melayu rise up from masalah. Dalam masalah ada opportunity.

    Inna ma'al usriyusra.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.