Header Ads

Header ADS

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini 237,000


JUMLAH kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Angka korban akibat wabak itu setakat jam 6 pagi Sabtu waktu Malaysia mencatatkan 237,943 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara  dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 64,000 kematian iaitu pertambahan 2,000 kes.



Negara kedua dan ketiga paling teruk mencatat angka kematian yang tinggi ialah Itali dan United Kingdom dengan 28,000 dan 27,000 kes.

Perancis kini melepasi Sepanyol sebagai negara keempat yang mencatat angka korban yang tinggi dengan 24,594 kes.

Sementara Sepanyol dengan 24,543 kes kematian akibat pandemik itu.

Negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 8,000 kes.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.